emak..
itulah panggilanku untukmu
begitu besar jasamu
begitu mulia akhlakmu
begitu luhur kasihmu
emak..
saat aku sedih
engkau hadir memberikan senyuman
saat aku gembira
engkau hadir memberikan ciuman gembira...
emak...
masih aku ingat saat aku masih merangkak dalam mengenal A..B..C
engkau banyak membantuku..
engkau mengerahkan kudratmu menghantar dan menjemputku dari sekolah..
supaya aku menjadi insan berguna..
masih aku ingat..
saban malam engkau berfikir
juadah apa yang akan menjadi santapan untuk anak-anak sebelum ke sekolah
karipap, donut, roti canai, roti arab dan pelbagai lagi juadah sedia di meja makan
anak-anak dimestikan makan sebelum ke sekolah
emak..
berkat doamu
aku mendapat tempat yang baik dalam peperiksaan
meskipun aku bukanlah yang terbaik
emak tetap tersenyum
tanpa jemu memberikan kata-kata semangat untuk aku terus berjuang
emak...
saat aku melangkah ke alam remaja
emak masih sama seperti dahulu
cuma kudrat emak tidak seperti dahulu lagi
kesihatan emak semakin merosot
namun emak masih seperti dulu..
tidak pernah jemu menyediakan menu2 istimewa untuk kami..
tidak cukup dengan itu emak ikuti kelas memasak
hujung minggu sahaja
nasi ayam, nasi pandan , nasi tomato, kue tiau teng, mee bandung, mee ratna
tersedia di meja
saat penat pulang dari sekolah
emak hidangkan kami dengan minuman supaya dahaga kami hilang
emak jasamu terlalu besar buat kami
emak..
masih aku ingat
bila tiba musim kenduri..musim perayaan..
kuih karas, loyang, meneram hasil tanganmu menjadi tempahan..
begitu kuat emak bekerja keras untuk menambahkan pendapatan keluarga
membantu ayah yang hanya seorang penoreh.
seawal pagi emak akan kejutkan aku
meminta bantuanku untuk menyiapkan tempahan
maafkan aku emak
kerana kadang kala aku sering memberontak
aku rasakan hujung mingguku sering diganggu..
emak..
saat aku melangkah ke peringkat yang lebih tinggi
emak sentiasa menemaniku menyiapkan tugasan sekolah
yang pada ketika itu lebih memerlukan perhatian serta tumpuan yang lebih..
saat aku di 6 bulan pertama...
aku gagal memberikan yang terbaik untuk emak ayah..
berkat doa emak dan ayah aku diberikan kesedaran
aku makin berkobar-kobar untuk menjadi yang terbaik
saban malam emak menemaniku hingga ke lewat malam
emak...
masih aku ingat saat aku menyatakan keputusan STPM
saat aku menjerit memeluk emak
emak membalas dengan pelukan dan senyuman
aku bersyukur kerana aku mampu menitiskan air mata gembira emak
emak..
saat aku melangkah ke IPTA
emak tersenyum
saat aku diterima bekerja selepas tamat belajar
emak melahirkan senyuman gembira
benarlah kasihmu membahagiakan
setiap perjalanan dalam kehidupanku
aku dipermudahkan jalan
berkat doamu
berkat restu darimu
namun tahun demi tahun
emak semakin uzur
emak tidak mampu lagi bergerak seperti biasa
emak tidak mampu lagi memasak
emak tidak mampu lagi mengemas
emak tidak mampu lagi berhias
masa emak hanya di tilam
emak..
andai aku tahu begini caturan hidupmu
akan aku sentiasa di sisimu seawal dari jangka ini
akan aku lepaskan segalanya demimu
emak..
saat engkau tidak mengenaliku
saat engkau dalam duniamu
aku menjerit sedih..aku hiba..
tak sanggup aku melihatmu menderita seperti ini
emak..
tak akan pernah sekalipun aku melupakanmu
mana mungkin setiap fasa-fasa perubahan emak
di depan mataku sendiri
emak....
tanggal 10 jun 2013 tidak akan aku lupakan
tanggal yang membuatmu terlantar di katil
menjadi penghuni ICU
tanggal yang melenyapkan suaramu
emak..
hari ini genap 4 hari aku tanpa suaramu
aku rindu bicaramu
aku rindu bebelanmu
aku rindu ketawamu
aku rindu karenahmu
aku rindu segalanya tentangmu
emak...
menitis air mataku melihatmu begini
hanya doa dan yasin mampu aku titipkan buatmu
emak..
andai engkau masih mampu mendengar
pintaku cuma satu
jadikanlah aku insan solehah
sebagai bekalanmu di sana
emak..
setiap detik yang kita lalui bersama
semuanya akan aku simpan
sebagai kenangan terindah dalam lipatan memoriku bersama emak
emak..
andai aku tahu engkau akan sakit begini
tidak akan aku minta makanan yang enak
andai aku tahu engkau akan sakit begini
akan aku jaga masa tidur dan rehatmu
andai aku tahu engkau akan sakit begini
akan aku tamatkan perkhidmatanku lebih awal
andai aku tahu engkau akan sakit begini
akan aku sentiasa di sisimu
emak...
kuatkan semangatmu
aku sentiasa di sisimu
emak..
halalkan makan minumku
halalkan susumu yang membesarkanku
ampunkan aku emak
kerana sepanjang hidupku
terlalu banyak perbuatanku menyakitkanmu
terlalu banyak aku menggores perasaanmu
maafkan aku emak..
ampunkan aku..
aku rindu insan bernama KHALIJAH RAMLI
emak..
aku doakan semoga Allah memilih percaturan yang terbaik untuk emak
tidak sanggup lagi aku melihatmu menderita
menanggung rasa sakit..
kesakitanmu tanggung, deritaku melihat
Namun Ya Allah semuanya aku terima atas kehendak takdir darimu
terima kasih Ya Allah
kerana engkau telah melahirkan aku dari seorang wanita yang sangat mulia hatinya
7 Syawal 2013
Takdir telah menetapkan engkau pergi tinggalkan aku selamanya
Dalam sedih aku redha pemergianmu mengadap Sang Pencipta
Aman dan damailah engkau di sana
Aku di sini anakmu sentiasa berusaha menjadi HAMBA yg lebih baik
Hanya itu mampu aku bekalkan buatmu
DOA kudusku dan BACAAN suciku akan sentiasa mengiringimu setiap hari
itu JANJIKU..
Semoga Sang PENCIPTA menerimanya
sebagai HADIAH dari aku ANAKMU
ketahuilah kasih sayang, cinta aku padamu
tiada tandingan..
Namun tidak mampu menandingi CINTAKU
pada Sang PENCIPTA
Terima Kasih emak
Kerana setiap didikan dan ajaranmu
Insyaallah akan menjadikan
anak-anakmu insan soleh dan solehah
bekalan yang membawa kita ke syurga Allah..
amin..amin..Ya Rabbal alamin