Siti Zulaika |
Perbualan malam itu meninggalkan kesan pada diri Ika. Kini hari-hari Ika kembali ceria seperti suatu ketika dahulu. Pangilan yang diterima daripada Aqil setiap hari menceriakan hidupnya. Meskipun Ika tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi dalam perhubungan mereka, namun cukup dia terasa sangat dihargai. Deringan telefon mematikan lamunan Ika.
“assalamualaikum” tersenyum Ika mendengar suara di talian. Mana tidaknya suara itulah yang sentiasa menemani malam-malamnya kini. Hidupnya kini tidak lagi diulik kisah semalam.
“waalaikumussalam...ada kat mana sekarang?”
“ada kat depan awak la..cuba bagun” Ika bangun sekadar untuk pastikan kebenaran daripada kata-kata yang keluar dari Aqil. Ternyata benar Aqil di depan matanya tapi dipisahkan oleh cermin pintu utama. Aqil melemparkan senyuman pada Ika. Sudah pastinya Ika membalas dengan senyuman yang paling manis.
“awak malam ni awak pergi mana-mana tak?”
“ada kat rumah saja. Tak pergi mana-mana pun. Kenapa?”
“kalau macam tu awak temankan saya ke pekan malam ni. Nak beli barang. Lepas maghrib saya jemput awak kat rumah”
“ok...nanti jumpa”
“bye”
Seperti biasa Kak Latifah akan memulakan penyiasatannya. Bermacam-macam soalan dilemparkan pada Ika. Sebolehnya dia tidak mahu Ika terlalu dekat dengan Aqil.
“Ika, nak keluar dating dengan Aqil malam ni”
“ish..kak ni mana ada la. Saya keluar dengan member zaman study dulu. Lagipun perempuan la” balas Ika sambil melihat Kak Ija. Perhubungan yang berjalan antaranya dengan Aqil hanya diketahui oleh Farah selaku teman serumahnya serta teman serumah yang lain sahaja . Hanya mereka sahaja yang Ika percayai dari dulu sampai sekarang.
“ingatkan keluar dengan en Aqil”
“kak ni kenapa? Kak suka en Aqil eh..” sakat Ika.
“mana ada..tapi kalau dia suka akak apa salahnya. Tapi kan Ika dia kalau datang sini bukan main lagi suka saja renung akak. Agaknya dia ada hati dengan kak kot” balasnya tanpa rasa malu dengan status isteri yang dipegangnya .Tidak sesuai langsung untuk memperkatakan tentang “buah hati”.
“aah la tu..apa lagi masuk la jarum” balas Ika. Bukan mendorong ke arah negatif tapi lebih ke arah memerli sebenarnya. Kalau diberi nasihat cara yang betul bukannya mahu ambil peduli. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tidak lekat dalam kepala.
“akak ni kan wife orang . Mana boleh” tahu pun status tu. Ini tidak nak menggatal sahaja dia ni. Geram betul Ika. Hari ini Ika pulang awal kerana tak sanggup lagi berhadapan dengan skrin moniter. Pedih matanya menahan sakit.
Malam ini sekadar mengenakan kemeja purple gelap dipadankan dengan pallazo kelabu beserta tudung ekspress dari warna yang sama, Ika bersedia untuk menemani Aqil. Sepanjang perjalanan Aqil hanya mendiamkan diri. Pelek Ika dengan sikap Aqil malam ini. Jika tidak bukan main lagi bual itu la..pasal ini la, ada sahaja topik yang boleh memecah kesunyian antara mereka. Sampai di persimpangan Aqil tidak menuju ke pekan Sungai Petani sebaliknya membelok ke simpang menuju ke Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai.
“awak tadi cakap nak pergi town, ni apasal guna jalan lain” soal Ika gementar.
“change planning” . Pendek sahaja jawapannya.
“kenapa pulak. Kan awak nak beli barang”
“tak apa itu lain kali kita pergi beli. Sekarang ada benda yang lebih penting untuk saya selesaikan”. Makin takut Ika tatkala mendengar jawapan dari Aqil. Takkan Aqil nak buat perkara tak elok padanya.
“awak jangan buat perkara tak senonoh. Kalau awak berani buat, nanti saya menjerit”. Terluah juga apa yang difikirnya.
“Ya Allah sampai ke situ awak fikir. Saya bukan macam tu la”.
Sampai di destinasi Aqil mematikan keretanya. Kelihatan ramai orang yang mengambil peluang untuk bersantai di Pantai Merdeka. Lega hatinya kerana Aqil mengotakan kata-katanya.
“awak, sebenarnya ada benda saya nak beritahu awak” Aqil memulakan bicara.
“apa dia? Macam suspen sahaja awak ni. Buat saya risau sahaja”
“Ika, awak ingat tak apa yang saya beritahu awak pada malam pertama saya hubungi awak” soal Aqil pada Ika.
“beritahu tentang apa ya”. Soal Ika kembali. Mana dia ingat apa yang Aqil katakan padanya. Lagipun sudah hampir dua bulan peristiwa itu berlaku.
“sebenarnya saya dah lama sukakan awak. Tapi saya tak tahu dari mana saya harus mulakan. Semakin kita rapat, rasa cinta saya pada awak makin mendalam. Saya betul-betul sukakan awak” akhirnya terluah juga rahsia hati yang mahu disampaikan oleh Aqil pada Ika.
Ika hanya mendiamkan diri, bukan tidak mahu menerima tapi masih terkejut dengan apa yang didegarnya tadi. Ternyata Aqil mempunyai rasa yang sama degannya. Ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan. Disangkanya Aqil hanya menganggapnya sebagai teman sahaja, namun malam ini semuanya jelas. Aqil benar-benar berperasaan padanya.
“sudi tak awak menjadi insan terpenting dalam hati saya”soal Aqil pada Ika.
Lama Ika merenung wajah Aqil meminta kepastian. Mana tidaknya Ika masih merasakan dia seolah-olah di awangan. Masih belum mempercayai apa yang didengarnya sebentar tadi. Semakin lama, wajah itu memberikan jawapan yang positif.
Dengan anggukan kecil, cukup memberi maksud Ika menerima Aqil seadanya. Mana mungkin dia menolaknya, sedangkan dirinya sendiri saban hari mengharapkan hubungan mereka merangkak ke peringkat yang lebih serius. Meskipun terkejut dengan luahan hati Aqil, tapi dia menerimanya dengan tenang.
“Ika, maksudnya awak terima saya”
“ya..saya terima awak seadanya”. Tersenyum Aqil sampai ke telinga.
“thanks Ika..saya ingat saya sorang sahaja yang sukakan awak”.
“sebenarnya, saya pun dah lama sukakan awak. Cuma tak kan la saya yang harus mulakan. Saya kan perempuan” tergelak Aqil mendengar kata-kata Ika. Rupa- rupanya Ika pandai menyorok perasaan daripada pengetahuannya. Dengan muka yang serius selama ini disangkanya Ika tak sukakan dia.
“thanks...sayang. Abang harap malam ni memberi harapan permulaan baru dalam hubungan kita ” terus bertukar kata ganti nama antara mereka. Cepat benar Aqil membiasakannya.
“welcome...insyaallah awak”
“no awak..awak lagi. Now call me abang” cadang Aqil pada Ika.
“nanti la saya practise dulu”
“ok..jangan lama sangat. Nanti kemaruk pula abang nak dengar panggilan tu” tersenyum senang dengan kata yang keluar dari mulut Aqil.
“sayang, jom kita makan. Tak tahan ni...lapar”
“ingat tak lapar tadi” gurau Ika.
Selepas menjamu selera, Aqil menghantar Ika pulang ke rumah. Tersangat bahagia mereka malam ini. Bahagia yang teramat sangat pabila dua hati menjadi satu. Selesai membersihkan badan, Ika menunaikan taggungjawab padaNya. Berdoa semoga hubungan mereka direstui dan bahagia ke akhirnya. Malam itu Ika lena dibuai mimpi indah bersama Aqil.
No comments:
Post a Comment