Powered By Blogger

Sunday, 14 April 2013

Novel : TaKdiR CiNtA TeRiNdAh Bab 3


Memandangkan kelas hari ini bermula jam 9 pagi, Aqil masuk lebih awal ke pejabat hari ini. Kesempatan yang ada diambil oleh Aqil untuk singgah ke pejabat ticketing berurusan berkenaan tiket penerbangannya ke Tawau, Sabah sempena menyambut lebaran nanti. Sebetulnya dia perlu ke pejabat terlebih dahulu untuk mengisi borang tempahan penerbangan menggunakan waran kerajaan. Setibanya dia pejabat ticketing, Aqil terserempak dengan gadis kelmarin, gadis yang sentiasa wujud dalam perjalanannya. Dengan mengenakan baju kurung polos dari kain cotton bewarna pastel, menampakkan si gadis terlalu mulus dan lembut. Begitu sempurna di matanya. Bila dah suka semuanya cantik. Tanpa senyuman gadis itu melangkah masuk ke pajabat ticketing. 

"Boleh tahan juga minah ni, sombong. Aku yang nak sedekah senyum pun tak jadi tengok muka kelat dia. Macam mana aku boleh angau dengan gadis macam ni" Sempat lagi Aqil mempersoalkan hatinya yang makin gundah gulana gara-gara si gadis sombong ini. 

“assalamualaikum?” 

“Waalaikumussalam. Encik boleh saya bantu?” sapa Ika mesra. 

Sudah dijangka pasti lelaki ini akan singgah ke pejabatnya. Ika melemparkan senyuman pada jejaka tersebut. Terkejut Aqil rupanya dia akan berurusan dengan gadis tadi berhubung dengan tiket penerbangannya. Disangkanya dia akan berurusan dengan kakak seorang lagi kerana selama ini jika terdapat sebarang permasalahan berhubung waran atau tiket penerbangan dia akan berurusan dengan kakak tersebut. Dalam masa itu sempat lagi dia mencuri pandang seraut wajah mulus di depannya, tenang sahaja. Sehabis daya Ika cuba mengawal debar di hati. Dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu bertapa gemuruhnya Ika ketika ini. Sungguh dia tidak mengerti perasaan apakah yang sedang bermain dalam hatinya. Rasa mahu pecah dadanya menahan getaran rasa yang ada. Namun yang pasti kerana perasaan inilah dia belajar mengenali nikmat bercinta dan kerana perasaan ini juga dia mengenali erti kekecewaan.

“saya nk buat tempahan untuk tiket penerbangan saya balik ke Tawau, Sabah untuk raya nie. Seat still available ker?” Soalnya pada gadis di hadapannya. Siti  Zulaika. Tertera nama si pemilik pada tag nama yang dipakainya. Cantik nama seindah tuan punya badan. Bisik Aqil dalam hati.

Berkemeja biru muda dan berseluar hitam menampakan beliau seorang yang matang pada pandangan Ika. Rambutnya yang dipotong rapi menampakkan kematangan, tidak lagi seperti dua tahun lalu yang gemar pacakkan rambutnya. Bak kata orang cicak jatuh atas kepala kalau mati tak sempat mngucap. Tapi ucapan itu hanya lahir dalam hati sahaja. Sehabis daya Ika cuba mengawal perasaan yang wujud.

“sekejap en Aqil saya semak dahulu samada seat still available or not, boleh en Aqil tetapkan tarikh untuk penerbangan sebab saya bimbang sekiranya en Aqil tak tetapkan tarikh nanti seat penuh pula. Maklumlah pix season". 

Keterangan diberikan namun mata masih terpacak pada skrin moniter sambil mencari tarikh yng diminta menerusi sistem abacus. 'Sungguh tidak profesional aku ketika ni'. Rungut Ika dalam hati. Tidak berani untuk bertentang mata dengan lelaki yang berada dihadapannya, dia sekadar berkomunikasi sambil membuat semakan menerusi sistem. Biarlah dia dianggap tidak profesioanal asalkan dia tidak kelihatan canggung ketika berurusan dengan lelaki ini. 

"Sistem ni lembab la pulak. time mcm ni la kau nak buat hal'. Bebel Ika dalam hati. 

system slow sangat Encik Aqil, boleh tunggu sekejap?”

“its ok. Janji saya dapat balik raya”. Balas Aqil dengan matanya leka memandang wajah Ika yang kelihatannya tidak senang duduk dengan cara renungannya. Comel sangat rupa Zulaika bila tak tentu arah macam ni apatah lagi dengan rona merah sudah mula menghiasi pipinya.

Sekadar berbahasa, Ika melemparkan senyuman pada pelanggan di hadapannya. Terpegun Ika, bila Aqil turut membalas senyuman. Mata mereka bertembung, ada getar di hati dengan rasa bahagia yang sukar untuk ditafsirkan.

“ok, encik Aqil bila nak fly? Seat yang tinggal cuma tiga hari sebelum raya. Hari kamis flight pkul 12 tgh hari dari KUL- TWU”. Terang Ika selepas beberapa kali jadual penerbangan  disemak memalui sistem abacus.

“ hari lain penuh ker? Hari jumaat ker?”

“dah penuh En Aqil?”

“aduhh, mcm mana nie, sebab kalau saya balik khamis bermakna saya kena fly hari rabu, khamis saya dah kena bercuti. Masalahnya sekarang  cuti tahunan saya dah habis. Pening...pening...” keluh lelaki dihadapannya.

Pandangan Aqil masih tepat pada wajah comel Ika. Ika sekadar memberikan senyuman nipis. Adus kenapa la hati aku tenang sangat bila lihat wajah putih bersih di depan aku ni. Solekan tipis dengan warna pastel mebuatkan Ika bertambah ayu dan sedap mata memandang. 

“ so macam mana en Aqil, nak booking tak untuk tarikh 17 hb?"

“en Aqil...en Aqil,..en Aqil!!?". Agak keras bunyi suara Ika pada panggilan terakhir tadi.

 "Aku sibuk tanya nak buat booking flight, dia boleh berkhayal, dah la pandang aku semacam. Mati la aku kalau dia perasan yang aku selalu usha dia. Serius gila muka dia nie. Dah la minta tolong senyum pun tak nak. Sombong betul la". 

“kalau en Aqil tak confirm lagi, saya buat booking dulu dan cuba waiting list  untuk tarikh yang en Aqil minta. Tapi saya tak jnji samada boleh dapat ke tidak seat untuk tarikh tersebut. Anything i will let you know”. Ika sekadar memberi cadangan supaya dapat memberikan masa kepada pelanggan seperti en Aqil berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

“ ok juga idea tu, saya balik fikir dulu. Nanti saya call semula cik Zulaika semula untuk tetapkan tarikh”. Balas Aqil  setelah membuat keputusan.

Selepas beberapa minit membuat tembahan penerbangan dengan memasukkan maklumat mengenai penumpang,  en Aqil minta diri. Fuhhh..penat sungguh melayan customer macam dia ni kalau sepuluh datang macam ni boleh tumbang aku. Hari ini lewat petang baru Ika sampai di rumah. Temujanji dengan teman serumahnya untuk keluar jogging terpaksa dibatalkan.

Selesai sahaja Ika menunaikan solat maghrib seperti kebiasaannya dia akan membaca Yasin.  Sedikit sebanyak memberi ketenangan dalam jiwanya. Ketukan pintu bilik menyedarkan Ika yang leka mambaca majalah yang baru dibelinya tadi.

“ masuk la, pintu tak kunci pun”. Sambil menggeliat atas katil.

“Ika, jom kita keluar, bosan la kak terperap saja kat umah ni? Usul kak Miza. 

“ kak nak pergi mana? soal Ika.

“ memandangkn tengah bulan mcm ni, kita layan window shoping kat town dah la" 

“kalau macam tunggu apa lagi. Jom la. Ika on saja”. 

Selepas beberapa minit berjalan dalam pasaraya Central Squere seperti biasa Kak Miza sibuk mencari tudung baru. Puas juga berjalan satu butik ke satu butik tudung yg ada. Berjenis-jenis tudung boleh dapat  di sini. Design  up to date, harga pun boleh tahan. Disebabkan itulah membuatkan mereka selalu ke sini untuk dapatkan koleksi tudung terbaru.

“kak jom kita jalan kat ekspo tue pula, mana tau ada bnda yang berkenan pula nanti?” sambir jarinya menunjuk ke arah ekspo di Dataran Jam Besar Sungai Petani.

Sambil berjalan mata Ika akan hinggap pada pelbagai jenis barangan yang ada. Sekadar mencuci mata. Tiba-tiba mata Ika terpandangkan susuk tubuh seperti yang sangat dikenalinya. Perlahan-lahan susuk tubuh itu berjalan menuju ke arah yang bertentangan dengannya. Dup..dup..dup..rupa-rupanya en Aqil dengan kawannya. 

"Ish kenapa la kerap sangat aku bertemu dengan dia sejak kebelakangan nie". Tanpa disedarinya Aqil turun terperasankan kelibat Ika di situ.

Kenapa aku boleh bertemu dengan Zulaika lagi? Jodoh aku kot" Senyuman terukir di bibirnya. Sekilas Aqil memandang wajah Ika. Sekadar t-shirt dan berseluar jeans biru pudar Ika kelihatan simple dan tidak ubah seperti pelajar belasan tahun pula. 

“Aqil ada barang ke kau nak beli ” tanya amir

“tak ada lah. Aku saja temankan kau berjalan, ni kau tak nak ke lepak dulu  kat kedai mamak hujung tue?”. Sekadar berkias yang membawa maksud sesuatu.

“aku pun tengah lapar nie? kau ni berkias pulak dengan aku. Tahu la kau pun lapar juga kan?" soal Amir setelah  memahami maksud sahabatnya itu.

 "iye la, engkau ni kalau ajak aku keluar sampai terlupa nak kasi aku makan” sakat Aqil mengundang tawa Amir. 

Malam itu hampir pukul 12 tengah malam baru Ika sampai di rumah. Penat berjalan hinggakan Ika terlena di ruang tamu. Panggilan telefon daripada ibunya di kampung tak sempat untuk dijawab. Akhirnya  Ika berkeputusan untuk menghubungi ibunya keesokan hari. kalau telefon malam ini pun belum tentu dia dapat memberi fokus pada perbualan mereka. Takut nanti ibunya pula bercakap seorang diri.

No comments:

Post a Comment