Novel : Takdir Cinta Terindah Bab 1
Nama penuh Siti Zulaika Ahmad Hisham. Nama timbangan Ika aje. Tahun ini genap 25 tahun dia menjadi penghuni di alam indah ciptaan Ilahi ini. Syukur rasanya kerana masih diberi nafas untuk meneruskan perjuangan dalam pengembaraannya di muka bumi ini.
Namun perkara yang paling melemaskannya pastilah soal kahwin. Dahulu jika diaju soalan sebegini pastilah pelbagai jawapan terpancul keluar dari bibirnya..masih belajar la, belum bersedia la..muda lagi la..time tu pastilah setiap jawapan boleh diterima akal. Tapi sekarang jangan haraplah boleh diterima pakai lagi. Soalan yang pasti menitir di bibir comel insan-insan ini mestilah bila nak makan nasi minyak?, Aku anak dah nak masuk dua, kau bila lagi Ika?...arghhhhhh sangat memenatkan.
"kalaulah aku tahu bila aku akan kahwin, confirm aku siapkan kad jemputan mengalahkan anak menteri kawen". Bebel ika dalam hati. Tapi nak buat macam mana kan namanya pun manusia tak akan boleh diam punya mulut dari berbicara perihal orang. Sabar saja la.
“Kak Marina, Kak Ija ada nak kirim apa-apa tak? Ika nak ke bank ni" soal Ika sebaik sahaja melintasi meja teman sepejabatnya.
“Kak tak ada apa nak kirim, semua Kamal dah setle semalam" balas Kak Ija.
"Ika nak pergi mana?..” Kak Tipah mula bersuara.
"bank..kak nak kirim ke?"
“hang tolong kak bayar bil astro dengan bil api sat...aku ni dok ralit ja..nanti potong mampuih la Tok Kiah bising”..kak Tipah dengan loghat utaranya..Bukan kami tak tahu mak kak Tipah yang selalu banyak mulut bercerita berbagai topik dari zaman anak dara sampai lah dia bercucu apabila kami berjumpa..
Hari ni Ika perlu jelaskan segala bil yang due date makin hampir. Inilah sikapnya suka sangat melengah-lengahkan masa untuk jelaskan bil. Dah dapat sms daripada astro baru tergedik-gedik nak buat bayaran.
“ok..jom Ika kuar dulu..nanti bos balik tolong cover jap eh”balasnya.
Inilah situasi di tempa kerja Ika seharian. Keakraban yang semakin menyerlah dari hari ke hari. Mula-mula berkhidmat di sini Ika akui terasa kekok apatah lagi dengan rakan sekerja yang lebih berusia berbanding dirinya. Alhamdulillah lama kelamaan dah terbiasa dan semakin serasi. Kan pepatah ada mengatakan Tak Kenal Maka Tak Cinta.
Baru setapak melangkah keluar dari pintu pejabat, tiba-tiba Ika terpandangkan seseorang. Lama mata mereka bertembung seolah-olah ada kuasa magnet yang menguasai mereka. Hati mula memainkan peranan. Berdegup kencang..Dup..dup...dup..Ya Allah perasaan apakah ini. Cepat-cepat Ika sedarkan dirinya situasi yang berlaku tadi umpama panahan syaitan. Pantas Ika mengatur langkah laju menuju ke bank. Berharap agar perasaan itu cepat hilang. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini setiap kali bertemu pasti hatinya berdebar-debar sehingga terbawa sampai ke rumah. Aneh betul perasaan yang wujud ini. Sebenarnya ini bukanlah pertemuan pertama mereka tapi sejak akhir-akhir ini mereka kerap kali bertembung sehinggakan melahirkan rasa berdebar-debar di hati Ika.
Seperti kebiasaannya, sampai sahaja di rumah, Ika terus membersihkan diri menunaikan solat asar yang hampir ke penghujungnya. Menyudahkan solatnya dengan memanjatkan doa mohon keberkatan hidup di dunia dan akhirat, tak lupa juga buat kedua ibu bapanya. Semoga mereka diletakkan sebagai ahli Jannah. Sambil menunggu solat maghrib, Ika lebih senang berada di biliknya sambil membelek - belek buku yang baru dibelinya berjudul "100 Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W". Belum habis sehelai muka surat dibaca, hatinya kembali berdebar-debar teringatkan peristiwa yang berlaku petang tadi. Sungguh hatinya sudah tidak keruan dan sudah tidak betul jadinya. Kenapa aku terigatkan mamat ni? aku bukannya ada apa-apa dengan dia. Ya Allah andai perasaan ini boleh mendatangkan kemudaratan padaku, aku mohon buangkanlah jauh perasaan ini dariku. Sesungguhnya aku tidak mahu tewas di tangan syaitan durjana yang sentiasa berusaha menyesatkan hambaMu. Doa Ika dalam hati. Cepat dia mengambil wuduk apabila kedengaran azan berkumandang di surau yang terletak berhadapan dengan rumah sewa mereka.
Bersiap mengenakan telekung, Ika terus melangkah ke surau berjemaah, malam ini ada ceramah agama yang akan disampaikan oleh ustaz yang berbeza pada setiap malam Jumaat. Ika tidak mahu lalai lagi dalam mengejar ilmu agama, sudah tiba masanya untuk dia berubah ke peringkat yang sepatutnya sebagai muslimah. Leka dia mendengar ceramah yang disampai Ustaz Bakri bersempena Maulidir Rasul yang akan disambut beberapa hari lagi. Sungguh indah ciptaan Allah bernama Muhammad, seorang lelaki yang sangat hebat dalam semua bidang. Mampukah aku mendapat lelaki seumpama ini sedangkan aku sendiri masih merangkak dalam mencari sinarMu Ya Allah. Namun alangkah indahnya aku dipertemukan dengan seorang imam yang memiliki akhlak semulia Rasulullah S.A.W. Namun, bak kata ustaz tadi lelaki yang baik ganjarannya adalah wanita yang baik. Maksudnya untuk dapatkan yang baik kita mestilah berusaha menjadi yang terbaik. Terseyum Ika bila memikirkan peluang yang masih ada kerana semua itu adalah tidak mustahil sekiranya berusaha di samping doa yang tidak putus kepadaNya. Insyaallah berkat doa tersebut.
Selesai bersalaman dengan jemaah wanita yang lain, Ika mempercepatkan langkahya menuruni anak tangga mahu segera pulang ke rumah. Perutnya sudah berkeroncong minta diisi. Dalam keadaan terburu-buru mata ika terpandang seraut tubuh yang sedang berbual dengan beberapa jemaah lelaki. Sangat dikenali lelaki itu. Lelaki yang membuatkan hidupnya tak tentu arah sejak akhir-akhir ini. Segak berbaju melayu dan berketayap putih. Rupa paras yang cukup sempurna pada pandangannya. Mukanya putih bersih kelihatan suci selepas keluar dari majlis ilmu. Hatinya dirundung rasa tak keruan lagi. 'Nasib tuan punya badan tak perasan aku sedang meniliknya' bisik Ika dalam hati. Perut yang tadinya berkerocong bertukar rentak balada seakan mengerti apa yang dialami oleh tuannya. Aduhai hati kenapa engkau seksakan aku begini. "Astagfirullahalazim.."entah berapa puluh kali Ika beristiqfar. Sedar-sedar dia sudah sampai di rumahya.
No comments:
Post a Comment