Powered By Blogger

Thursday, 11 April 2013



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Sekadar memenuhi masa terluang, diriku terpangil untuk mencoret serba sedikit tentang perkara yang berlaku di sekelilingku mengikut rentak otakku berfikir.....Tidaklah terlalu mahir dalam penulisan, namun aku sedaya upaya cuba  memerah otakku untuk bekerja kerana aku amat TAKUT sekiranya otakku berhenti dari menjalankan 'kewajipannya'...... Penulisanku ini tidaklah sehebat penulis-penulis lain...namu aku harap masih ada  yang sudi meluangkan masa untuk membaca blOgku yang tidak seberapa ini...





Sebelum jemariku menari-nari lebih lama, biarlah aku kenalkan serba sedikit tentang siapakah gerangan
SI PEMILIK HIDAYAH............

Nurul Hidayah Zainul..itulah nama yang tertera di Sijil KelaHiRaNku..Nama yang diberi oleh sepupuku sendiri..Tak tahu la kenapa dia sangat sukakan nama Nurul HidayaH sehinggakan ada Nurul Hidayah junior dalam keluargaku...kelakar kan...Mungkin disebabkan maksud yang tersembunyi itu adalah sangat indah "CAHAYA PETUNJUK"....

Pada zaman remaja aku sangat tidak suka dengan panggilan HIDAYAH, DAYaH atau yang seanggatan dengannya..Bagiku nama itu tak glamour....nampak macam budak skema sangat..kadang-kadang terfikir kenapa la mak aku tak namakan Zarina ke?, Malissa ke?, Farah Wahida ke? kan sedap....
Namun aku lebih selesa dengan panggilan Nurul, Yon, U...

Tapi itu dahulu...kini aku lebih selesa dengan HIDAYAH...nama yang telah mengubah corak pemikiran serta hidupku yang selama ini agak bodo-bodo sikit..sikit je tau..hehehe..

Bermula pada akhir tahun 2012 bersempena dengan sambutan AWAL MUHARRAM terdetik satu perasaan yang hadir jauh di lubuk hati aku ingin kembali menjadi MUSLIMAH yang diredhainya..menjadi wanita yang SOLEHAH yang mampu untuk mengejar kebahagiaan DUNIA & AKHIRAT...mahu menjadi wanita yang penuh ilmu di dada...bertutur pekara-perkara yang memberikan kebaikan serta menjauhkan perkara yang boleh melalaikan...Sungguhpun begitu aku masih lagi menonton TV, melayan movie yang ditayangkan di kaca TV, masih lagi ber Facebook.. Tidak semua perkara yang ditayangkan di Media massa adalah buruk, tapi kita sebagai penonton haruslah bijak dan peka dalam memilih rancangan serta berfikir dalam membuat penilaian....

peace..

SI PEMILIK HIDAYAH

No comments:

Post a Comment