Powered By Blogger

Thursday, 11 April 2013

TakDiR ciNtA TeRiNdaH (Prolog)




^^TAKDIR CINTA TERINDAH^^


Keadaan jalan raya yang sibuk membuatkan Zulaika semakin resah apatah lagi dia harus menghadiri meeting penting bersama pelanggannya berkenaan pakej  percutiaan ke Istanbul sempena cuti sekolah bulan May ini. Di sendiri agak gementar apabila diminta oleh bosnya untuk memberi penerangan berkenaan pakej lawatan tersebut, mana tidaknya selama ini semua berkaitan meeting atau bertemu pelanggan dia akan ditemani Alia teman sejawatnya. Hari ini Alia tidak dapat menemaninya kerana Alia berada di Gold Coast,Australia. 

Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat dia mengambil berkat daripada penghulu segala hari dengan mengenakan kurung moden dari sutera thai bewarna biru terang bersama dengan selendang dari ton warnna biru dan kelabu. Warna biru terang sesui dengan kulitnya yang putih langsat sememangnya dapat membangkit seri diwajahnya. Sekurang-kurangnya dapat menaikkan semangat serta keyakinannya semasa memberi penerangan nanti.

Dalam keadaan tergesa-gesa Ika mempercepatkan pemanduannnya kerana dia mahu segera sampai ke pejabat memandangkan beberapa slide masih belum disiapkan serta beberapa dokumen untuk dibawa bersama semasa meeting nanti. 

"Minta la cepat sampai, kalau tidak mesti perbentangannya sekejap lagi kurang menyengat. Dah la sorang pulak tu hari ini. Ya Allah lancarkanlah serta permudahkanlah urusanku". Sempat lagi Ika membebel seorang diri. Belum sempat Ika kembali serius dalam pemanduannya, tanpa disangka datang sebuah kereta di hadapannya menyebabkan dia menekan brek secara mengejut. Menggigil satu badannya terkejut dengan kejadian sebentar tadi. Lama dia dalam berkeadaan seperti itu. Kalau lah dia mempunyai penyakit lemah jantung, agaknya riwayatnya sudah tamat sebentar tadi.

"pon....pon....pon..!!!!"

Bunyi hon bertalu-talu menyedarkan Ika dari lamunannya. Pantas dia keluar dari kenderaannya apabila terdapat sebuah kereta betul-betul  berada di belakang keretanya. Aduss masalah besar ni. Kelihatan seorang leleki sedang membelek-belek bahagia depan kereta Honda Accord miliknya.

"Encik, saya mohon maaf apa yang berlaku" tersekat-sekat Ika bersuara. Bicara harus sopan supaya lelaki tadi tak melenting, kalau dia berkasar bimbang pula sekiranya lelaki tadi berkeras dengannya. Fikir Ika. 

"maaf..maaf...tengok apa awak dah buat pada kereta saya?!!" jawab lelaki tadi sambil matanya terus melihat kesan calar di keretanya. 

"sayang....teruk ke kereta u ni?" balas perempuan yang baru  keluar dari kereta sang jejaka.

"hah kau ni bawa kereta guna mata ka guna gigi?". Soal gadis yang tinggi lampai lagaknya ala-ala model. Saja la tu nak tunjuk caring pada buah hati. Muka tak ada la lawa mana, seksi saja lebih. Budi bahasa langsung out. Kereta orang lain rosak, orang lain pulak yang terlebih bising. Menyampah betul. Kutuk Ika dalam hati.

"tapi saya tak sengaja..tiba-tiba kereta tadi melintas depan saya. saya rasa kalau saya tak ambil tindakan tadi, kalau tak saya pasti encik yang terkorban" hah..padan muka. kau ingat kau saja boleh sesuka hati sembur aku.

 Ish dah la langgar kereta aku, lepas tu sesedap mulut sahaja dokan aku mati. Nasib panjang lagi umur aku. Panas hati Muaz bila mendengar perempuan tadi membayangkan dia terkorban seolah-olah mendoakan pula. Dah la hari Jumaat pulak tu, setiap doa dimakbulkan.

"so, macam mana sekarang? saya nak awak bertanggungjawab atas apa yang berlaku" balas Muaz tegas.

"baiklah saya akan taggung semua perbelanjaan untuk repair kereta awak" malas Ika hendak dengan bertengkar dengan lelaki ini. Memang salahnya juga disebabkan mahu sampai ke pejabat segera dia memandu laju. Apatah lagi dengan sikapnya yang mengelamun sebentar tadi. Nasib nyawanya masih panjang. Syukur Ya Allah. 

"Bila awak boleh setle kan semua? macam ni la saya nak awak ikut saya ke bengkel depan tu. Kalau boleh kita selesaikan hari ini juga" Segera dia berpaling melihat gadis yang difikirnya masih berdiri di belakangnya.

Terus melekat matanya memandang sekujur tubuh di hadapannya. Lama. Hampir menjerit kegembiraan Muaz waktu itu.  Sesungguhnya dia teramat rindukan gadis ini. gadis ke? masih gadis ketika dia melakukan perkara itu. Walaupun badan Ika sedikit susut berbanding dua tahun lalu, namun dia masih dapat mengecam aura gadis ini. Terlampau kuat. Mana tidaknya semua tentang gadis ini telah diketahuinya luar dan dalam. Pada matanya Ika masih seperti dulu comel dan sentiasa menggetar jiwa lelakinya. Hampir dua tahun dia mencari gadis ini. mahu bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Kenangan dua tahun yang lalu berlegar-legar diingatannya. Lain yang dirancang lain pula yang jadinya. Selepas kejadian itu, Ika terus meletak jawatan 24 jam tanpa sebarang alasan. Puas dia mencari Ika merata tempat, namun sia-sia. Ternyata Ika tetap dengan keputusannya dan tidak pernah mudah takut dengan setiap ugutannya. Kalau perempuan lain sudah pastinya dirinya diugut supaya bertanggungjawab, tapi lain benar sikap Ika. Akhirnya dia mengambil keputusan membiarkan Ika mencari kebahagiaannya sendiri kerana takut sekiranya dipaksa Ika akan bertambah benci padanya. Pada Muaz membiarkan bukan bererti dia melepaskan Ika darinya sebaliknya dia memberikan ruang  masa supaya dapat menyejukkan hati Ika. Namun sehingga kini nama itulah yang sentiasa di hatinya dan berjanji pada dirinya sekiranya dia ditakdirkan bertemu semula dengan Ika dalam keadaan Ika masih belum dimiliki sesiapa dia pasti akan membayar segala hutangnya pada Ika dan menjadikan Ika isterinya yang sah. Akan menbahagiakannya.

Menyedari Muaz sedari tadi memerhatikan wajah gadis di hadapannya membuatkan Masha dipagut rasa cemburu. Dengan dia sendiri Muaz tak sebegitu, kalau ajak keluar pun pelbagai alasan diberikan seolah-olah mahu megelak darinya. Hari ini pun dikira bernasib baik Muaz mahu menemaninya. Entah apa mimpinya semalam.

"sayang cepat la..i lapar ni" sengaja dilunakkan suaranya menyedarkan Muaz daripada terus merenung gadis itu. Muaz tidak memberikan reaksi, masih seperti tadi. Dia sendiri tak pasti matanya terus melekat pada wajah gadis itu membuatkan matanya tidak berkelip.

Ika masih menunduk memikirkan jawapan yang sepatutnya diberi pada lelaki itu. Kalau sekarang juga lelaki tadi minta bayaran mati la aku. Mana dia nak dapat duit. Paling tidak hampir beribu juga duitya akan melayang pada mamat di depannya. Fikirannya ligat mencari mencari jawapan yang bernas untuk menjawab pertanyaan lelaki tadi.

"macam ni encik apa kata encik selesaikan dahulu bayaran, hujung bulan saya akan buat bayaran pada Encik" cadang Ika sambil menunduk wajahnya tidak berani bertentang dengan lelaki di depannya. 

Takut sekiranya lelaki tadi memarahinya. Sudah la akibat kecuaiannya hampir meragut tiga nyawa, ini hendak pula minta ditangguhkan bayaran. melampau betul. Tapi apakan daya, bulan ini dia cukup kering kerana separuh gajinya dihantar ke kampung untuk perbelanjaan ibunya ke hospital dan selebihya untuk adiknya yang akan daftar masuk universiti.

"apa jaminan yang saya dapat untuk percaya kata-kata awak?" sengaja diuji gadis ini. Dikeraskan sikit suaranya.

"encik boleh ambil phone saya sebagai jaminan" lancar sahaja mulutnya memberi cadangan. Biarlah dia serahkan samsung tab miliknya sebagai cagaran. Sayang gila Ika pada barangnya yang satu itu. Tapi apa lagi barangan yang dia ada ketika ini melainkan hanya itu barang berharga yang dia ada. Muka sedih tergambar di wajahnya.

"kalau dengan Cik, saya akan tanggung semuanya. Saya tak akan minta sebarang bayaran" lain benar bunyinya. Masha di sebelahnya sudah menunjukkan rasa tidak puas hati. Di hadapannya, Muaz masih mahu menunjukkan belang. Jatuh air mukanya.

"tapi tadi kan encik mint........." belum sempat dia habiskan ayatnya mata mereka bertembung. Wajah Ika pucat tadinya bertukar merah menehan rasa marah yang selama ini yang belum pernah surut pada insan ini. Kenapa dia harus bertemu lagi dengan lelaki ini, lelaki yang telah memusnahkan masa depannya. Lelaki yang telah meragut kesuciannya yang selama ini dijaga hanya untuk insan yang bergelar suami. Dia sudah kehilangan segala-galanya hanya kerana lelaki yang bernama Muaz. Lelaki jahanam, lelaki puaka....lelaki celaka sebenarnya. Sumpah seranah Ika dalam hati, bertemu lelaki ini mengingatkan kembali titik hitam yang berlaku dalam hidupnya. Bukan mudah untuk dia harungi semua ini. Hampir tersungkur, namun nasib sedikit kekuatan yang ada apatah lagi Dr mengesahkan dia tidak hamil membuatkan dia bangkit kembali mengharungi hidup ini.

"Muaz akan tanggung semuanya. Tapi ada syaratnya?" ternyata masih seperti dulu lelaki ini. Masih dengan kepuasan yang dikehendakinya daripada memikirkan kepentingan orang lain. Ika masih membisu mendengar kata-kata Muaz.

"apa ni sayang, perempuan ni dah salah rosakkan kereta..you nak biarkan macam tu saja" sengaja dikuatkan suara bukan nampak tegas tapi gedik saja lebih.

"kalau dengan kau, aku tak akan bayar satu sen pon dan pergi mampus dengan syarat-syarat kau. Aku tak akan pernah sekali biarkan aku ikut cakap kau" tegas jawapan Ika. Nadanya masih berbaur marah sama seperti dua tahun lalu.

"kalau macam tu Muaz buat police report atas kecuaian memandu mengakibatkan kecelakaan pada pihak ketiga" balas Muaz masih belum mahu mengalah.

Perempuan di sebelahnya tanpa segan silu memaut pinggang Muaz dengan lagak menggoda. Muaz hanya membiarkannya sebelum meraih perempuan itu dalam pelukannya. Sengaja mahu melihat reaksi Ika. Merah muka Ika menahan rasa malu dengan adegan luar batasan mereka berdua, pasti orang lalu lalang menganggap mereka bertiga bergaduh berebutkan sang jejaka. Dia pastinya dianggap terhegeh-hegeh mahukan lelaki itu. eerrghhhh....please la..

Melihatkan wajah gadis di hadapannya  merah padam, membuatkan Muaz tersenyum sendirian. Pasti Ika cemburu melihatnya bersama Masha. Itu sudah cukup memberikan petanda baik baginya kerana Ika juga mempunyai perasaan yang sama dengannya. Bukankah cemburu itu tandanya sayang. Ego sayang tinggi sangat. Tak apa Muaz akan buatkan tembok ego sayang musnah. Muaz tak akan sesekali biarkan sayang pergi jauh lagi. Cukup selama ini dia menanggung rindu terhadap gadis itu, hampir saban hari dia memohon doa supaya diberi peluang kedua baginya untuk bertemu Ika. Memohon maaf atas keterlanjurannya dan jika benar jodohnya dia mahu memiliki gadis itu. Sesungguhnya Allah telah memkbulkan doanya. Pantas juga Muaz berfikir. Tidak kali ini dia akan pastikan Ika tidak terlepas dari tangannya.

"buat lah. kalau itu yang kau nak.. aku ikut" jawab Ika bersahaja menuju ke arah keretanya. Degil betul budak ini. Macam dulu juga tak pernah mengalah. Belum sempat Muaz meneruskan kata-katanya Ika telah berlalu pergi meninggalkannya.

Muaz tersenyum kerana peluang seolah-oleh berpihak padanya. Sempat lagi otaknya menjana idea-idea yang bernas supaya Ika akan bersamanya..Yang penting dia akan pastikan Ika tak akan jauhkan diri darinya lagi.

"ika..ika...ika...Muaz akan rebut hati sayang meskipun hati sayang terlalu keras.."

2 comments: