Perkahwinan yang diberkati adalah apabila mematuhi suruhan Allah SWT dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Antara amalan Sunnah yang kita boleh amalkan adalah:
1. Solat Sunat Selepas Akad Nikah
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”
Maksud:
Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Rakaat kedua: Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlasmembaca doa selepas salam
2. Sujud Syukur
Untuk laksanakan sujud syukur, tidak diwajibkan berwuduk. Tapi seseorang itu perlu suci daripada hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.
Tiada hadith yang jelas menyatakan cara sujud syukur. Dalam kitab al-Bahr ada disebut, takbir diperlukan untuk buat sujud syukur. Jadi, mulakan dengan niat untuk buat sujud syukur, takbiratul ihram, lepas itu buat sekali sujud, duduk dan beri salam.
Semasa sujud bacalah zikir, hukumnya sunat. Antara zikir yang digalakkan tu, sama macam zikir dalam sujud tilawah. Manakala Imam Syafie memilih untuk ucapkan zikir “Maha Suci Tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana” dalam sujud syukur. Apapun, adalah harus untuk kita baca zikir yang biasa kita sebut dalam sujud solat biasa.
Niat dan bacaan Sujud Syukur boleh rujuk pada gambar.
3. Suami memegang atau meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun atau kepala isteri dan berdoa.
Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan:
"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.“
(Riwayat Abu Daud).
4. Isteri bersalaman dengan Suami sambil cium tangan dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah
Jangan sibuk untuk berfikir untuk mengambil gambar saja! Semasa bersalam dengan suami, ucaplah 2 kalimah syahadah. Inilah lafaz yang afdal dan paling sesuai bagi menjelaskan tuntutan iman dan Islam. Ini kerana setiap sesuatu pengakuan hendaklah didahului dengan kepercayaan, dan setiap kepercayaan pula hendaklah didahului dengan pengetahuan atau ilmu. Jika tidak, maka pengakuan dan kepercayaan itu adalah suatu pembohongan.
Amalkan kehidupan Islam sepenuhnya insyaAllah rumahtangga akan mendapat berkat serta berkekalan.
No comments:
Post a Comment