Powered By Blogger

Thursday, 21 November 2013

Bab 7 : Takdir Cinta Terindah



Diam tak diam sudah hampir tahun keempat Ika berkhidmat di syarikat ini. Terlalu banyak kisah suka dan duka diharungi dalam tempoh perkhidmatannya. Semakin hari Ika semakin dibebani dengan bebanan tugas yang kadang kala memaksa dia bertugas sampai lewat petang. Itu belum masuk cuti hujung minggu , ada sahaja panggilan kecemasan yang diterima. Kekadang malas hendak melayan semua karenah pelanggan. Namun bila difikirkan inilah sumber rezeki yang telah Allah anugerahkan padanya, semua menjadi tenang dan yakin dengan amanah yang telah Allah berikan padanya pasti ada hikmah disebaliknya. Semakin sayang Ika dengan tugasannya, malah setiap pelanggan yang datang cuba diberi layanan yang sebaik mungkin. Kerana razeki itulah dia menyara ayah dan emaknya. Walaupun gaji diterima tidaklah setinggi mana jika dibandingkan dengan kelayakan yang ada, cukuplah dia mampu membahagiakan emak dan ayahnya. Itulah matlamatnya, meringankan beban ayahnya.

Panggilan diterima semalam daripada adiknya masih terngiang-ngiang ditelinga. Jika ada di depannya pasti sudah diberi pelempang sulungnya pada budak itu. Semakin hari semakin liar dan sukar untuk dia mengawal tingkah laku adiknya yang seorang ini. semakin dinasihat, bukan semakin baik jadinya semakin melawan lagi. sudah puas hatinya memujuk supaya berlembut dengan budak itu. 

“aku benci kau , dan sebabkan kau aku jadi macam ni. Kau ingat aku bencikan kau sampai mati!!!!”. 

Jeritan Mira cukup menaikkan darahnya.Sudah hilangkah rasa hormat Mira padanya sebagai kakak. Kata-kata yang membuatkan air matanya gugur. Sedih dan hiba perasaannya ketika itu. Kaku lidahnya untuk berkata-kata. Sungguh tega adiknya berkata begitu. Betapa luluh dan hancurnya hati Ika. Betapa bisanya kata-kata yang keluar dari mulut adik kandung seibu dan sebapa. 

“ aku ada keja, aku ada masa depan, kalau aku kahwen nanti mesti aku ikut suami aku”.

Pernah ke dia terpikir yang sekarang ini adalah tangungjawab dia adalah berbakti kepada emak ayah dan bukanya mengikut calon suami yang sememangnya dia masih belum bernikah. Malam itu Ika berfikir sehabis mungkin. Tujuan hidupnya bukanlah semata-mata mengejar kenikmatan dunia tapi juga akhirat. Ini juga sebahagian daripada tanggungjawabnya. Tidak perlu dia mengharapkan pada orang lain, andai dia sendiri mampu melakukannya. 

"Andai itu jawapannya, ini adalah keputusan yang tepat aku lakukan". Bisik hati Ika.

Perlahan Ika keluar dari pejabat majikannya dengan senyuman menghiasi bibirnya. Yakin, tepat dan benar inilah jawapan yang ada dihatinya tika ini. Surat perletakan jawatan diserahkan kepada En Majid selaku ketuanya di department dia berkhidmat. 

"kamu benar yakin dengan keputusan yang kamu buat ini" soal En Majid pada Ika.

"Saya yakin dengan keputusan ni. Apapun saya ucapkan jutaan terima kasih sebab En telah memberi peluang kepada saya berkhidmat di sini. Terlalu bnyak kenangan dan ilmu yang saya dapat di sini". 

"sejujurnya berat untuk saya lepaskan pekerja macam awak. Saya doakan awak berjaya di luar sana". 

"terima kasih En kerana memahami situasi saya". 

Keputusan Ika benar-benar telah membuatkan semua rakan sekerja terkejut. Mana tidaknya, tidak ada angin ribut Ika meletak jawatan sedangkan tiada sebarang masalah yang berlaku. Berpusu-pusu soalan keluar dari bibir kawan-kawannya. Pening Ika mahu menjawabnya. Setelah diterangkan situasi yang dia alami, barulah mereka faham dan mengharapkan Ika lebih bahagia dengan keputusan yang diambilnya.







No comments:

Post a Comment