Powered By Blogger

Friday, 22 November 2013

Jika Kamu Di Atas.............



Sepetang hari ini aku habiskan masa di tepian pantai. Melihat ke arah laut terbentang luas kelihatan beberapa bot yang masih di samudera. Mendongak ke langit kelihatan pesawat baru berlepas dan juga mahu mendarat. Sungguh gah ciptaan Allah. 

Melihat keindahan ciptaan Allah. Sungguh tenang dan damai aku rasakan. Saat ini aku berfikir semua yang terjadi adalah di atas kehendaknya. Sekiranya DIA tidak merestui akan sesuatu bagaimana sebuah bot masih bergerak megah dia lautan tanpa tengelam. Bagaimana sebuah kapal terbang boleh terbang di angkasa??.. Yang di lautan boleh tenggelam.... Yang di udara boleh terhempas...

Begitu juga dengan kehidupan kita. Jika kita di atas berusahalah untuk melihat yang di bawah kerana tanpa di bawah kita tidak akan berada di atas. Berusahalah untuk menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dan tidak bangga dengan apa yang kita ada sekarang. Kerap kali aku bertemu dengan insan yang kadang kala baru melangkah di 2,3 tangga sudah nampak taringnya. Jika bertemu belum tentu senyuman terukir. jika berbicara itu..ini..semua salah. Jika ditegur, siapa engkau untuk menegurku?? begitulah perumpamaan yang boleh aku zahirkan. Jika dibandingkan yang telah di puncak, mereka lebih menghargai orang di sekeliling. Lebih manis tutur bahasanya. Lebih sopan adabnya. Lebih terjaga akhlak dan agamanya. Benar aku sendiri alaminya. Perjalanan Hidup ini Allah bukan berikan percuma, renung..lihat..nilai dan muhasabahlah diri. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Apa yang harus dibanggakan dengan apa yang kita ada??semua yang kita miliki tidak kemana. Kerap kali aku dengar wang bukanlah segala-galanya.... apa dikejar dengan dunia... Jangan kata Dunia ini tidak penting, sedangkan pada hakikatnya kamu sendiri lebih mengagung-agungkan dunia dari Akhirat tanpa kamu sedari. 
Seimbanglah dalam mengejar saham dunia dan akhirat asalkan kamu tahu apa itu ISLAM sebenarnya. 

Benar Tanpa AMAL umpama pohon yang tak berbuah...Jujur aku katakan orang ber"ILMU" itu lebih berakhlak...

Saat kakiku melangkah meninggalkan tempat yang mendamaikan ini, aku mendongak ke awan. Kelihatan PELANGI cantik menghiasi dada langit menjemput senja yang kian melabuh tirainya.  Hadirku dijemput dengan deruan ombak dan pulangku dengan sejalur pelangi indah. Terima Kasih Ya Allah... Indah ciptaanmu..

No comments:

Post a Comment