Powered By Blogger

Monday, 25 November 2013

Sebelum Aku Bernikah


Hari ini aku kongsikan sebuah buku yang bertajuk " Sebelum Aku Bernikah". Mesti ramai tertarik dengan tajuk buku ini. Begitu juga aku. Namun selepas aku meneroka helai demi helai buku ini, ternyata buku ini tidaklah tertumpu hanya pada pembaca yang akan menamatkan zaman bujang sahaja. Sebaliknya setiap catatan yang tertulis dalam buku ini menggambarkan betapa mahalnya sebuah CINTA sebelum ke fasa perkahwinan yang pastinya HALAL. Perkataan CINTA itu tidak salah sebaliknya bagaimana kita cuba mendefinisikan PERCINTAAN itu sebenarnya. Apatah lagi rasa ini adalah anugerah yang Allah berikan untuk setiap hambaNya.

Seseorang yang benar2 memahami CINTA, dia akan berusaha mendalami apa yang dimaksudkan dengan nilai yang harus ada dalam CINTA itu. Cinta itu sesuatu yang indah dan pastinya ia tidak akan menghumban seseorang ke lembah hina. Oleh itu semakin kamu yakin ada rasa cinta yang makin mekar dalam hatimu untuk seseorang, kamu akan berusaha mempermudahkan jalanmu untuk mendapatkannya dan dalam mendapatkan CINTA itu kamu perlu tahu bagaimana kamu perlu menzahirkan rasa cinta itu supaya caranya berlandaskan syariat yang telah ditetapkan olehNya. Pastinya rasa CINTA itu lebih manis nikmatnya.

Jadi sebelum kamu yakin dia adalah CINTA yang kamu cari dan sebelum kamu memberikan jawapan YA pastikan apa matlamat yang kamu cari dalam PERCINTAAN kamu. Aku yakin dan percaya pastinya JANNAH jawapannya. Andai itu adalah matlamat kamu, berusahalah untuk melengkapi diri sendiri terlebih dahulu dengan asas yang sepatutnya ada dalam diri sebelum kamu melafazkan "Aku Terima Nikahnya". Baik lelaki ataupun wanita haruslah saling berusaha untuk mempersiapkan diri ke fasa yang lebih Indah agar saling melengkapi antara satu sama lain.

Cinta Halal..........





No comments:

Post a Comment