Perkembangan kesihatan yang semakin positif ditunjukkan oleh ayahnya apatah lagi dengan pengesahan doktor bahawa penyakit ayahnya sudah semakin pulih membuatkan hatinya semakin tenang. Lega rasanya ayahnya tidak perlu lagi menanggung rasa sakit yang hampir saban hari menyerang. Setelah hampir enam bulan Ika menjadi jururawat tak bertauliah untuk bapanya di kampung, Ika mengambil keputusan untuk kembali ke alam pekerjaan yang ditinggalkan. Kesihatan ayahnya yang semakin bertambah baik dengan kekangan kewangan yang dialami memaksa Ika untuk bekerja dengan secepat mungkin. Namun syarat yang diberikan oleh ibu bapanya supaya bekerja berdekatan dengan rumah diterimanya baik. Niatnya ingin kembali ke dunia pekerjaan dengan azam dan semangat yang baru, melupakan segala kisah sedih yang dialaminya. Setelah beberapa kali menghadiri temuduga, akhirnya Ika diterima berkerja di sebuah syarikat di Pulau Pinang. Sebuah syarikat swasta yang menjalankan perniagaan berkaitan pelancongan. Kiranya travel agent juga la. Pengalaman yang ada memudahkan Ika menghadiri sesi temuduga dengan tenang. Mungkin inilah kelebihan yang ada pada Ika berbanding calon-calon lain yang hadir sesi pada sesi temuduga yang lalu.
Hari pertama Ika berkhidmat, Ika berazam akan melakukan yang terbaik, setiap keputusan yang diambil semasa mula berpijak di bumi Penang ini tidak sesekali akan disia-siakan. Mengharapkan yang terbaik. Semua kisah duka yang dialaminya beberapa tahun kebelakangan ini akan dipadam terus dari kamus hidupnya.
“NEW WORLD, NEW LIFE”. Ya Allah berkatilah kehidupanku disini. Amin....” doa Ika dalam hati.
Dengan solekan nipis, Ika mengenakan baju kurung moden bewarna coklat dengan sulaman bewarna biru muda, beserta tudung syria dengan warna yang sama sudah cukup memberi mood untuk Ika memulakan hari pertama dengan penuh semangat.
“amboi cantiknya Ika hari nie? Tak sabar nak jumpa bos baru ker? ?” Nisa berseloroh sewaktu Ika keluar dari bilik.
“ish tak adala nisa, biasalah mula-mula bertugas kena bagi good impresion, betul tak? Nanti kang tak pasal-pasal orang pandang serong pulak dengan kita”.balas Ika dengan senyuman yang sentiasa menghiasi bibirnya.
“aah Ika comel sangat hari nie, tak macam dulu pucat macam orang tak cukup darah ja..hahhahah.balas nana dengan matanya pandang aku atas bawah. Ima sekadar menjeling dengan senyuman sinis. Nurul sendiri perasan pertama kali pindah masuk ke rumah sewa ,cuma ima seorang yang kurang mesra berbanding nana dan Nisa.
“ada-ada saja la korang nie. Ika nak gerak dah, takut jemp pula nanti. Nisa,nana jom la nak tumpang?”
“boleh jugak, jimat duit aku hari nie, tak payah bayar kat abang teksi”. Senyum Ika melihat kata-kata yang terkeluar dari mulut nana
“ assalamualaikum Cik”?sapa nurul pada seorang gadis di kaunter.
“waalaikumussalam. Ya Cik boleh saya bantu?”balasnya.
“ saya Siti Zulaika, saya datang melapor diri untuk mula bertugas hari ini. Boleh saya berjumpa dengan Pn Maria Hakim?” soal Ika pada gadis tersebut.
Belum sempat Mira menjawab pertanyaan Ika, ada satu suara kedengaran dari salah satu bilik.
“Mira tolong buatkan saya milo panas?” arah pemuda tersebut.
“baiklah, sekejap saya siapkan En muaz”
“ Cik sila tunggu sebentar sebab Pn Maria masih belum masuk office, dia ada hal sikit pagi nie”. Maklum Aira pada Ika. Sekadar anggukan kecil, Ika faham apa yang disampaikan oleh gadis di hadapannya.
“ok, thanks Cik Aira”kataku smbil menjeling pada tag nama yang tertera nama si pemakai.
“ Aira mana air sa..?” Kata muaz terhenti di situ sahaja apabila melihat kelibat aira tiada di tempat duduk.
Belum sempat Muaz melangkah masuk semula ke bilik, matanya terperasan seorang gadis sedang kusyuk membaca brosur berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan di office. Sekilas muaz terpandang pada seraut wajah comel, betubuh kecil dengan ketinggian lebih kurang dalam 160cm, padanya tidaklah terlalu cantik atau sempurna jika hendak dibandingkan dengan gadis-gadis yang sentiasa berdampingan dengannya. Namun seakan ada satu perasaan yang ada dalam hatinya membuatkan Muaz terasa ingan test power dengan gadis tersebut.
“ Paris sebuah kota romantik. Sesuai untuk orang muda mudi meluahkan rasa cinta pada pasangan.” Muaz mula memancing Ika.
Terkejut dengan satu suara yang menegurnya dari arah bertentangan. Mati lamunannya tatkala matanya khusyuk membaca sekeping brosur berkaitan trip ke Paris yang terdapat di atas meja di ruang menunggu. Ika sekadar membalas senyuman dengan anggukan kecil.
“ tapi tersangatlah tidak sesuai untuk orang islam macam kita berniat ke sana hanya untuk bermesra dengan pasangan, lain la kalau yang sah, cukup ke sana dengan niat untuk menikmati keindahan ciptaan ALLAH”. Balas nurul perlahan.
Kata-kata Ika melahirkan senyuman di bibir Muaz. Dia sendiri tidak faham dengan senyuman yang dilahirkan oleh dia sendiri. Faham bersetuju atau faham memuji kata2-kata tegas yang diluahkan oleh gadis yang dari mata kasarnya lemah lembut tapi boleh tahan jugak. Ayat yang disusun lembut sahaja bunyinya, tapi maksudnya terlalu mendalam.
“Kedebuk dah kena sebijik kat muka aku..boleh tahan jugak mak cik nie”. luah Muaz dalam hati.
Sekilas nurul memandang wajah jejaka tampan dihadapannya. Mata Muaz tak berkelip memandang wajah Ika.
“apa hal mamat nie, pndang orang semacam ja, dah la tak senyum langsung. Sombongggggg....” geram Ika dalam hati.
“so, ada apa Cik datang ke syarikat nie? kalau tidak keberatan saya sedia membantu”dengan wajah yang serius Muaz memulakan ayat pancingnya.
“saya datang untuk daftar mula bertugas, kiranya first day saya bertugas di sini” terang Ika dengan jujur tujuan kedatangannya di syarikat ini.
“ohh i see, tapi kat sini ada kerja kosong ker? Setahu saya semua jawatan sudah penuh diisi”. Sakat muaz cuba melihat reaksi gadis itu. Sebenarnya Kak Maria telah maklumkan berkenaan kekosongan jawatan pada Muaz sebelum dia berangkat ke London minggu lepas. Semalam kak Maria telah maklum padanya staff baru akan mula melapor diri hari ini. Semua butir peribadi mengenai Ika, sudah Muaz ketahui melalui fail yang ada di atas meja kak Maria. Tak sangka pulak terlalu cepat kak maria boleh dapat cari pengganti Fatma. Tapi boleh tahan juga pilihan kak Maria.
“ermmm..tapi miggu lepas saya ditemuduga oleh Pn Maria untuk jawatan eksekutif di bahagian Ticketing dan semalam saya dapat panggilan daripada bahagian Sumber Manusia supaya melapor diri bertugas hari nie.”. Terang Ika dengan panjang lebar. Agak pelik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh jejaka di depannya.
“ ye ker? Maybe cik nie dah silap syarikat kot, setahu saya jawatan tue telah diisi” makin seronok Muaz menyakat.
“kalau tak ada jawatan kosong, mesti la tak ada sesi temuduga minggu lepas encik? Takkan company nak membazirkan masa dan duit ringgit untuk adakan sesi temuduga” balas nurul geram. Ishh takkan la aku tua sangat sampai nyanyuk nak ingat company mana aku menghadiri temuduga. Berkerot-kerot dahi Ika memikirkan kata jejaka di hadapannya.
“boleh tahan juga minah nie, pedas, masam, masin manis, pahit semua ada nie”. Muaz sekadar berkata-kata dalam hatinya. Membuat penilaian pertama tentang gadis yang akan menjadi seahagian daripada ahli keluarga syarikat ini.
“ En Muaz ni airnya” pantas aira menghulurkan mug berisi milo panas.
“sory lambat en Muaz tadi air panas habis kena jerangkan dulu. Take time”.terang aira.
“No aira but i must said thank you sebab you bagi saya peluang untuk berkenalan dengan Cik Ika, boleh juga saya kenal-kenal mesra dengan cik Ika nie”. kata muaz smbil mengenyit mata pada Ika sebelum melangkah masuk ke dalam bilik.
“ aik tadi kata tak ada kerja kosong, ni tau pulak nama aku”omel Ika dalam hati.
“Ya Allah apa rencana engkau untuk aku hari nie, bertemu dengan lelaki dengan renungan yng sesak nafasku ,kata2 yang boleh buat darah aku naik” luah Ika melepaskan rasa geram dalam hati.
No comments:
Post a Comment