Powered By Blogger

Wednesday, 20 November 2013

Apakah petanda Mimpi Semalam???





Tergerak jariku hari ini untuk mencoret mimpi tidur aku semalam. Mimpi yang sangat aneh dan buruk yang pernah aku alami. Mudah- mudahan ini hanyalah satu mainan tidur dan bukan sebagai petanda buruk. Amin.


Mimpi aku bermula apabila aku berada di suatu tempat yang keadaannya seperti di sebuah pulau yang dikelilingi oleh laut. Dalam mimpi ini aku melihat satu bencana alam yang sangat dasyat seolah2 macam Tsunami. Tapi aku hanya melihat dan aku tidak berada dalam situasi itu. Apa yang aku lihat jambatan yang runtuh dan kelihatan banyak tentera yang sedang beroperasi berada dalam keadaan yang sangat merbahaya. Mereka saling tolong menolong antara satu sama lain dalam laut. Air laut bergelora yang sangat kuat.






Selepas itu aku nampak beberapa rumah kedai dipukul ombak hingga menyebabkan kawasan persekitaran mengalami kerosakan. Aku nampak beberapa anak-anak kecil hampir hanyut ke dalam laut dibawa arus. beberapa petugas seperti jururawat dan badan keselamatan yang lain tanpa menghiraukan nyawa sendiri Berusaha menyelamat kanak-kanak yang hampir lemas. Dan pada masa itu, aku turut membantu mereka menyelamat kanak-kanak tersebut sehingga ke daratan. ..kanak-kanak tersebut selamat... beberapa seketika aku terjaga dari tidur..


Pada aku mimpi ini mimpi buruk yang pernah aku alami. Aku menulis supaya apa yang aku mimpi ini tidak menjadi kenyataan kerana ada mengatakan apabila kita mimpi buruk, lebih baik kita ceritakan supaya mimpi tersebut tidak menjadi kenyataan.


Apapun yang dimimpi hanyalah sekadar mimpi. Hanya DIA yang tahu apa yang tersirat dan tersurat di sebalik mimpi tersebut. bagaimanapun aku tetap mengambilnya sebagai motivasi supaya aku lebih berusaha menjadi yang terbaik di sisiNya kerana segalanya berkemungkinan berlaku atas kehendakNya. Maka bersiap-sedialah kerana Mati itu adalah perkara yang pastinya dekat dengan kita. 

No comments:

Post a Comment