Malam2 macam tiba2 rasa mood menulis berlegar2 di kepala.
Paling menyentuh hati, teringatkan pada satu pertemuan, pada satu pandangan, pada satu sapaan dan pada satu perbualan yang akhirnya membuahkan rasa yang sukar untuk difahami. Pertemuan yang membuahkan pengenalan, renungan yang membuahkan rasa rindu , perbualan yang membuahkan bicara yang menyatakan KAMU bijak. Mana mungkin aku lupakan saat kaki KAMU hampir ke longkang pada pertemuan pertama kita. Mana mungkin aku lupa saat KAMU serba tidak kena ketika berbicara. Sungguh aku rindu KAMU pada saat ini, RINDU yang hanya mampu aku luahkan dalam DOA setiap kali sujudku. Dalam rasa rendah diri dalam hati kecil aku yakin KAMU juga rasa yang sama. Jika tidak mengapa aku mendapat rasa yang sangat hebat ini. Sedangkan rasa ini hanya mampu terlekat di HATI tidak termampu dibicarakan oleh mulut. Tidak mampu dizahirkan dengan perbuatan.
Rasa yang wujud pada satu ketika dahulu pernah bertandang di hati ini, namun rasa itu padam jua disebabkan derhakanya hati. Namun rasa yang wujud ini kembali berperang hebat dengan hati dan perasaan yang semakin mencengkam dari hari ke hari. Lama di pendam berharap rasa itu hilang dek kerana waktu dan jarak yang memisahkan Dua hati ini.
Namun, sebagai manusia yang telah tertulis sebagai hambaNya mana mungkin menolak takdir yang telah direncanakanNya sejak di Loh Mahfuz lagi. Mungkin rasa yang wujud ini ada cerita di sebaliknya. Mungkin cerita yang menyatukan Dua Hati @ mungkin cerita yang hanya wujud sebagai pelengkap cerita dalam Kamus kehidupan sebagai NURUL HIDAYAH ZAINUL & KAMU. ..........
Pertemuan demi pertemuan diaturkanNYA sebagai pelengkap jalan cerita KAMU & AKU. Namun hanya DIA yang tahu kenapa KITA diaturkan dalam perjalanan yang berbeza meskipun destinasi kita adalah sama bertemu SI DIA kekasih kita yang satu. DIA mewujudkan pertemuan, DIA jua yang mewujudkan rasa rindu ini, namun aku percaya DIA mempunyai percaturan yang baik buat Kita. BERDOA..hanya itu termampu aku lakukan kerana aku yakin DIA sedang merencanakan yang terbaik buat AKU & KAMU.
Andai KAMU tahu pada saat dan ketika ini, walau berbagai ujian dan dugaan ditempuhi hanya KAMU yang DIA cernakan di mindaku. Walau di mana KAMU berada saat ini, percaya dan yakin aku sentiasa doakan yang terbaik buat KAMU. Permudahkan segala urusanmu dalam mengejar Cita-cita dan teguhkan IMAN di dadamu. Semoga kita bertemu pada destinasi itu, meskipun DIA merencanakan perjalanan kita adalah berbeza.
No comments:
Post a Comment