Powered By Blogger

Saturday, 16 November 2013

AKU ingin KAMU



Andai  pada saat ini aku telah dipertemukan dengan ADAMKU, aku doakan dan aku mohon padaMu Ya Allah sampaikanlah bisikan hatiku ini padanya " Datanglah segera menjemputku". Aku ingin lengkapkan kehidupanku sebagai HambaMU..

Tunjukkan jalan ADAMku dalam misi pencaria HAWAnya... Teguhkan hati HAWA andai benar ADAM itu jodohku. Namun Ya Allah andai belum tiba masanya jangan engkau labuhkan rasa CINTA dan SAYANG ini andai ADAM itu bukan milikku. Kejap dan teguhkan rasa CINTA ini agar tidak tergelincir dari landasan, supaya CINTA dan SAYANG ini aku labuhkan pada ADAMku yang benar.



Permudahkan pertemuan dan perjodohanku. Pada saat ini aku bersedia dalam menempuh alam baru yang jaminan dariMU ianya alam yang lebih indah. Permudahkan Ya ALLAH..

Tiada apa yang aku harapka melainkan KAU gantikan aku dengan syurga yang lebih indah supaya aku dapat bernaung dengan selamat menuju jalanMU. Aku tidak mengharapkan emas permata sebagai MAHARku, aku tidak mengharapkan si ADAMku berJAWATAN Doktor atau Peguam sebagai punca rezeki dan aku tidak mengharapkan USTAZ sebagai pembimbingku.....Cukuplah seorang ADAM yang mampu menyediakan MAHAR mengikut kemampuan kerana sesungguhnya pekahwinan yang maharnya lebih rendah, makin tinggi keberkatannya di sisi ALLAH..cukuplah bagiku ADAM seorang yang rajin berusaha mencari rezeki yang HALAL buat kami....cukuplah bagiku seorang ADAM yang mampu bersama-samaku menuju JALAN ALLAH...kerana aku sedar aku tidak sempurna di mata yang maha ESA. Aku sendiri kekurangan adakah aku layak untuk memiliki HAMBAMU yang hebat sebegitu???? Ya, aku tidak layak YA ALLAH...ADAMku sempurna tapi apa yang boleh aku berikan pada ADAMku??? aku sendiri dalam dalam perjalanan menuju jalanMU, cukuplah engkau ANUGERAHKAN aku seorang ADAM yang engkau turut pilih dalam misi yang sama denganku menuju jalanMu yang hakiki. Ikhlaskan hati ADAMku menerima kekuranganku seadanya. Menjadikan aku insan sempurna dimataMU.


PERKAHWINAN IMPIAN

1. Majlis yang sederhana.
  
2. Hantaran merupakan benda yang boleh kami gunakan selepas menempuhi alam rumah tangga.
    - senaskah Al-Quran.
    - Persalinan pakaian solat.
    - Sejadah dan Tasbih.
    - Jam tangan. 

3. Sebelum AKAD NIKAH

   - Majlis Khatam AL-Quran.
     ( mahu majlis khatam AL-Quran bersama ADAMku kerana ADAM ketua si HAWA)
   -Malam Berinai
    ( majlis yang ringkas dan bersama sanak saudara- memakai pakaian cantik dan kemas)

4. Majlis AKAD NIKAH

   - Diadakan dalam masjid berwalikan ayahku bersama ahli keluarga)
   - Dalam keadaan bersih dan berwuduk.
   - Bersolek ringkas dan pakaian menutup aurat.
   - Solat bersama
   - Sujud Syukur Bersama.

5. Majlis Kenduri

   - Pakaian menutup aurat dan mengikut Syariat Islam.
   - Menggunakan warna lembut. (Puteri Balqis). 
   - Tidak berlebihan dalam solekan dan menggunakan alat solekan yang HALAL.
   - semua tetamu diberi layanan yang sama.

6. Majlis diserikan dengan alunan zikir dan lagu-lagu berunsurkan keagamaan.

   - kupinang kau dengan BISMILLAH
   - Istiqarah Cinta.
AKU & KAMU
 
 



















No comments:

Post a Comment