Powered By Blogger

Sunday, 14 April 2013

Novel : TakDiR CinTa TeRiNdAh BaB 2





Novel : Takdir Cinta Terindah Bab 2

Sampai di rumah, Aqil terus merebahkan diri di ruang tamu. Melayan movie yang baru dibelinya semalam. Hendak menyemak assigment pelajarnya terasa berat pula matanya untuk menatap satu persatu hasil kerja pelajarnya. Setiap tugasan pelajarnya akan disemak secara terperinci bagi memastikan jumlah markah yang diperolehi adalah setimpal dengan nilai tugasan yang telah mereka laksanakan. Sudahnya semua tugasan pelajar yang terletak elok di meja tidak diusiknya. Sejak balik dari surau sebentar tadi diriya berada dalam keadaan tak tenang. Seolah-olah ada sesuatu yang berlaku pada dirinya. Cuba diingatkan satu persatu apa yang belum diselesaikan.

"Bayaran kereta dah settle, rumah pun dah" rungutnya.

"apa lagi yang belum aku selesaikan? hati kau tolong jelaskan kenapa kau resah kat dalam tu? aku ada buat salah ke?"  

Bayangan  gadis yang baru keluar dari  Suria Travel bermain-main dibenaknya. Hatinya yang berada dalam keadaan resah bertukar berdegup kencang. Selepas kejadian tadi Aqil asyik terbayangkan wajah comel, bertubuh kecil, bermata bundar, berkulit cerah..ala-ala amoi pun ada juga..sekali pandang asyik teringat. 

"Aqil kau ni kenapa? termenung panjang aje aku tengok?" terjah Amir yang baru keluar dari dapur.

"mana ada termenung. Ini hah aku tegah layan movie ni" balas Aqil cuba menidakkan apa yang dikatakan oleh Amir.

“iya la tue..aku tengok dah macam nak pecah dah tv kau tenung. Apasal bro? Macam orang tengah angau aje?”balas Amir yang masih belum berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Aqil. Dia terasa musykil dengan sikap Aqil sejak akhir-akhir ini.

 “ish kau nie tak ada maknanya lah. Ni aku tengah pening semak assigment student aku nie..lain yang aku mintak lain pulak yang dibuatnya. Kalau macam ini la gayanya macam mana aku nak bagi full mark untuk assigment”. Pantas tangan Aqil mecapai tugasan pelajarnya. Lagaknya seolah-olah sedang fokus menyemak tugasan pelajarnya. Niat sebenar cuba menepis tekaan Amir.

“iye la tue,macam aku tak kenal kau Mr Aqil”. Jawapan dari mulut Amir hanya disambut dengan senyuman kecil di bibir. Benarkah hatinya telah dicuri oleh gadis tadi. Dia benar-benar keliru dengan perasaan yang baru muncul dalam hatinya. Arghhhhhhhh..semakin dilupa semakin pulak teringatkan gadis tadi. Ishhh tak boleh jadi ni. 

"tersenyum-senyum dah macam orang gila aku tengok. Ngaku saja la" 

"ada pulak aku kena mengaku kalau benda tu tak betul" tepis Aqil masih belum mahu mengalah.

"nasihat aku kalau dah  berkenan, mantapkan strategi..terus ja masuk jarum. Jangan berputih mata dah la lepas ini tengok pujaan hati dikebas orang" ikhlas nasihat dari seorang sahabat.

"pandai la kau advice aku. Kau apa  cerita?"

"aku nak jalankan strategi la malam ni. Dah aku keluar dulu. Doakan misi aku berjaya" sempat lagi Amir menjawab. Agaknya dah berjaya misi Amir untuk dapatkan Maya, kerani di bahagian pentadbiran tempatnya dia bekerja. Sebelum ini bukan main lagi Amir meluahkan perasaan cintanya pada Maya. Penat telinganya mendengar luahan hati Amir setiap hari. 

Sepanjang malam Aqil ditemani bayangan wajah gadis yang semakin membuatkan dia gila. Makin dipejamkan mata, makin jelas gambaran wajah mulus itu bermain di matanya. Tidak pernah dalam hidupnya berperasaan begini, sungguh hatinya sukar untuk menerima perempuan dalam hidupnya. Selama ini dia sendiri yang sukar membuat pilihan, mana tidaknya terlalu ramai yang mendekatinya dan akhirnya semuanya hanya dijadikan teman untuk berhibur sahaja. Termasuk teman sekerja serta beberapa pelajar yang cuba menggodanya. Tapi kini hanya kerana wajah yang mulus itu telah membuatkan jiwanya huru-hara. 

No comments:

Post a Comment