Lamunannya terhenti apabila Pn Maria melangkah masuk.
" Assalamualaikum. Ini Cik Siti Zulaika ke?" sapaan dari seorang wanita di hadapan Zulaika mematikan lamunannya. Sekadar berbalas senyuman Ika mengiyakan menjawab soalan dari Pn Maria. Cantik Pn Maria pada pandangannya. Aggun, lembut dan memenuhi ciri-ciri wanita melayu yang penuh dengan kesopanan.
“ Zulaika, sory lama tuggu”. Sapa Pn Maria apabila terperasan Ika masih berdiri tegak di depannya.
“ It's ok Pn Maria, lagipun cik Aira dah maklum Puan ada hal tadi” balas Ika.
“kalau macam tu jom masuk bilik saya, boleh kita bincang lebih lanjut tentang tugas yang akan dipertanggungjawabkan pada Zulaika nanti ” kata-kata Pn maria dibalas dengan anggukan kecil. Ika mengekori Pn maria sampai ke biliknya.
“hye kak?" Sapa seorang lelaki dalam bilik tersebut.
“hye.. mimpi apa hari nie awal pulak sampai? kalau tak bukan main liat lagi kalau akak mintak tolong” bidas Pn maria. Ika hanya memerhatikan sahaja gelagat antara Pn maria dengan lelaki tersebut. “adiknya barangkali” fikir Ika.
“kenalkan ni eksekutif baru ticketing, gantikan Fatma” Pn maria memperkenalkan Ika dengan adiknya.
“ Muhammad Muaz Zafril Idris” Muaz memperkenalkan diri sambil menghuluran tangan sebagai tanda perkenalan.
“Siti Zulaika Ahmad Alias” balas Ika membiarkan tangan Muaz tanpa disambut. Muaz sekadar memandang Ika dengan renungan yang sukar dimengerti oleh Ika.
“sorry” balas Ika. Sekadar berbahasa Ika merungkaikan persoalan yang bermain di wajah jejaka tersebut.
“muaz, please jangan nak buat perangai? Akak rimas la dengan sikap muaz nie”
“dah tunggu akak kat luar, akak ada hal sikit dengan Ika”. Arah pn maria pada adiknya.
“he’s my brother, pilot. Kadang-kadang dia akan datang sini bantu saya uruskan syarikat. Kalau fly hilang la dia” kata Pn maria smbil tersenyum.
“Ika kita mulakan dengan surat tawaran bertugas. Ika baca dulu isi yang terkandung dan kalau bersetuju mohon Ika untuk tanda tangan sebagai tanda persetujuan dengan peraturan yang ditetapkan oleh syarikat” kata Pn Maria.
Bermula dengan surat tawaran bertugas, Pn maria menerangkan serba sedikit tentang tugas yang akan Ika laksanakan serta serba sedikit tentang etika waktu bekerja. Pada hari sabtu kami dibenerkan untuk bertugas separuh hari sahaja. Hari ini Ika hanya diperkenalkan dengan rakan sepejabat. Apabila mendapat maklumat berkenaan waktu bertugas melalui perbualannya dengan rakan sekerja, alhamdulillah kerana waktu masuk dan balik tidaklah seperti di tempat lama. Terlalu padat sampaikan balik selalu maghrib, masuk dah la pukul 8 pagi.
...................................................................................................................................................................
Walaupun hari pertama tidaklah terlalu sibuk, memandangkan sudah 6 bulan tanpa kerja hari yang tidak memenatkan menjadi hari yang terlalu letih bagi Ika. Sampaikan Nisa dan Nana balik pun dia tak perasan. Sedar-sedar azan maghrib berkumandang di masjid berdekatan. Cepat –cepat Ikq bangun menuju ke bilik air membersihkan diri untuk menunaikan tanggungjawab padaNya. Selepas solat seperti biasa Ika membaca Al-Quran dan tidak lupa juga membaca Surah Yusuf yang selalu menjadi amalannya. Doanya semoga dia dipertemukan dengan seorang lelaki baik akhlak, baik agama, baik rupa paras dan baik ilmunya sebagai bekalan untuk membimbingnya menjadi wanita solehah . Beliau juga berdoa semoga dia akan menjadi seperti Zulaika yang bukan sahaja memiliki paras rupa yang menawan untuk tatapan suaminya tetapi juga memiliki akhlak yang mulia serta mampu menjadi isteri yang solehah buat suaminya.
Selepas membaca Al-Quran, Ika ke dapur untuk mengambil minuman. Sekadar mengalas perut dengan minuman oats 3in1, Ika kembali ke ruang tamu melayan berita di tv3. Ika perasan sejak kebelakangan ini seleranya turut berkurangan. Mungkin bebanan masalah yang dialaminya menyebabkan badannya makin susut.
“aik Ika minum ja malam nie?” soal Nisa.
“aah, tak ada selera la nak makan Nisa, minum ja la. Cantik-cantik nie nak dating dengan cik abang ke?” gurau Ika pada nisa.
“biasa la Ika, orang tu ada abang cayang, hari-hari boleh dating. Kita apa abang yang ada?, abang taxi ada la” usik Nana.
“kau tu jual mahal sangat, si mail tu bkn main tergilakan kau, tak mau pulak kau nak layan, kang nanti jadi andartu baru tau”sakat Nisa pada Nana.
“ada pulak kau kasi Mail tu kat aku, tak nak lah. Aku pun ada taste juga macam kau”. Ujar Nana membalas usikan Nisa.
Ika sekadar ketawa melihat dua sahabat bertelagah tentang perasaan cinta masing-masing. Rasa rindu pulak nurul pada Aqil. Apa khabar agaknya dia. Sihatkah, dah makan ker.
“Ya Allah rindunya aku pada hambaMu, peliharailah dia dalam lindunganMu ya Allah. Sesungguhnya aku sangat menyayangi dan mencintai hambaMu yang satu ini. Peliharailah hubungan kami. Restuilah hubungan kami”.Pada masa itu sempat lagi Ika berdoa dalam hati agar hubungan cinta yang bersemi antara dia dan Aqil berakhir dengan ikatan yang sah.
Meskipun terpisah beribu batu Aqil di bumi Bermingham, UK dan Ika di tanah air, namun itu bukanlah menjadi masalah dalam hubungan mereka. Kecanggihan teknologi masa kini menjadikan hubungan cinta mereka sentiasa mekar di hati. Tanggugjawab sebagai pendidik di sebuah universiti tempatan memaksa Ika melanjutkan pengajian di luar negara dalam peringkat Master. Kehadiran Aqil dalam hidup Ika amatlah memerikan nilai yang tak mampu dia sendiri ungkapkan. Jarak umur yang berbeza menjadikan Ika amat matang dalam perhubungan mereka. Ika amat senang dengan cara Aqil. Tanpa terduga air mata mengalir di pipi menahan rasa rindu yang membara.
“Ika, sory kalau Ika terasa dengan kami?” luah nana serba salah.
“kami memang selalu macam nie, just for fun la... ke tengah rindu pak we nie?” Nisa pula membalas.
“eh tak ada la, tetiba saja touching lebih pulak malam nie”hehehehe..Ika membalas dengan gelak ketawa. Sekadar menutup rasa yang ada di hati. Pada Ika soal hati dan perasaan biarlah dia sahaja yang tahu. Mungkin belum tiba masanya untuk dia menceritakan kisah cintanya dengan Aqil.
“ima dah balik ke? tak nampak pun dia hari nie” potong Ika.
“biasa la Ika, kaki clubbing. Kalau belum pukul 2,3 pagi jngan harap la dia nak ingat jalan balik rumah. Orang cantik la katakan, malam ni orang lain, malam esok pulak orang lain” luah nana
“ mugkin dia sekadar pergi berhibur ja kot, tak baik la kita prasangka buruk kt dia” luah Ika. Selama ni pun Ika banyak bergaul dengan kawan-kawan kaki night club. Mereka sekadar pergi berhibur melepaskan tekanan kerja. Tapi kawan-kawanya masih lagi memiliki sikap baik dan menghormati orag lain. Itu yang membuatkan Ika tidak kisah bergaul dengan mereka.
“ harapnya macam tue la, jangan sampai bawa jantan balik rumah dah la, kalau aku tau siap la dia aku kerjakan” luah nisa pulak.
“ ok la aku kuar dulu, amir dah smpai, nanti kalau ada nak pesan apa-apa sms tau”. Sempat lagi Nisa meninggalkan pesan pada mereka berdua.
Sambil menonton tv , Ika berborak dengan nana dari soal kerja sampai melibatkan soal peribadi. Banyak benda yang baru Ika tahu mengenai nana. Rupanya Nana merupakan anak yatim piatu setelah ibubapanya terlibat dalam trgedi kemalangan yang meragut nyawa mereka. Selepas kematian ibubapanya, nana menumpang kasih ibu saudaranya yang dianggap seperti ibu bapanya sendiri. Kasih mereka membuatkan Nana tidak pernah merasa kekurngan kasih sayang. Begitu berat dugaan yang dialami Nana, namun dia masih kuat. Kisah nana menyedarkan aku Sekurang-kurangnya aku masih ada ibubapa dan adik beradik yang lain disaat aku menghadapi masalah. Dalam pada itu, nana boleh lagi bergurau. Rupanya kelakar juga si nana nie. Boleh buat geng. Nana..nana...nana..
No comments:
Post a Comment