Powered By Blogger

Saturday, 7 December 2013

Bila hatiku Berdetik Mahukan ITU...




Bila hati berdetik mahukan ITU bererti aku mahukan sesuatu yang boleh menjadikan hidupku lebih bermakna dan sentiasa merasakan setiap masa yang berlalu aku tidak sia2kan dengan perkara yang boleh melalaikan aku tentang kebesaranNYA.

Aku akui saat aku masih dalam perjalanan mencari keberkatan hidup yang sebenar, dalam aku berusaha menjadi insan SOLEHAH serta dalam pengembaraanku mengenal Sang Pencipta terlalu banyak dugaan yang datang menerjah. Tidak keterlaluan aku katakan banyak perkara yang aku sayang perlu aku korbankan. Namun, Alhamdulillah..Allah tidak pernah meletak sedikit pun perasaan MENYESAL dalam dalam hatiku. TIDAK PERNAH.... tidak pernah sesekali aku menyesal dengan memilih pengembaraan ini, meskipun dugaan-dugaan yang datang pernah hampir membuatkan aku rebah ke bumi. Pernah juga aku mempersoalkan kenapa ini TAKDIR yang tertulis untuk aku???? sedangkan aku HAMBANYA yang lemah dan tidak kuat.

Bermula disini aku mula mencari jawapan untuk setiap persoalan yang bermain di fikiran. Aku mula menerjah dalam laman2 sosial berkaitan dengan agama. Buku-buku agama dan motivasi yang ada dalam almari buku di rumahku yang selama ini jarangku sentuh, aku baca satu persatu. Saat ini aku semakin kenal siapa aku sebenarNYA di mata DIA. Terlalu kerdil. Saat ini hanya ucapan syukur dan terima kasih aku panjatkan padaNYA kerana telah memilih aku sebagai hamba yang diturunkan banyak ujian dan cubaan dalam hidup. 

Semakin aku kenal diri, semakin aku cuba disiplinkan solat..Jadikan Al-Quran sumber bacaanku selepas solat...jadikan Surah Yaasin bacaan malam Jumaatku, Solat Sunat Dhuha dan Tahajjud semakin aku dekati dan kini Surah Al-Kahfi In Sya Allah menjadi bacaan setiap Jumaatku. Doaku semoga amalan ini dapat membersihan hatiku. Semoga Allah SWT menerima setiap solatku dan bacaanku. Setiap bacaan aku hadiahkan untuk arwah emak, semoga emak tenang di sana. Saban hari aku berharap aku akan berikan ganjaran yang terbaik untuk arwah emak sehingga akhir nyawa. Semakin ini menjadi azamku, semakin aku jumpa amalan-amalan yang boleh mendekatkan aku dengan Sang Pencipta. Sungguh tenang dan damai dalam mengabdikan diri padaNYA. Rumahku makin tenang dengan alunan bacaan ayat suci dari ayahku. Aku bangga dilahirkan menjadi anak kepada ayah dan arwah emak. Cukup sempurna didikan mereka, tetapi anakmu sendiri yang telah lama persia-siakan didikan ini. Kini aku kembali sebagai anakmu yang berusaha menjadi saham kalian di dunia dan akhirat.

Saat ini aku tahu, Allah menjemput emak pada ketika semua Muslimin dan Muslimat bergembira menyambut Lebaran supaya aku tersedar dari lenaku yang panjang. Setiap perubahanku kerana aku mahu menjadi hambamu yang solehah dan  aku sangat BERSYUKUR atas nikmat yang Allah berikan. Benar, bila hati terdetik mahu berubah ke jalan Allah SWT, DIA akan menemuan kita dengan orang-orang yang dalam perjalanan yang sama menuju JANNAH Allah. Jangan sesekali salahkan takdir jika dugaan datang saat kita mahu kembali ke Jalan Allah kerana DIA telah merencanakan sesutau yang lebih baik dari itu. 

Terima kasih Ya Allah kerana engkau telah meminjamkan aku dengan sesuatu yang berharga, lalu ENGKAU ambil semula dan  ENGKAU anugerahkan aku sesuatu yang lebih berharga dari yang ada di dunia ini. ENGKAU memilih aku sebagai HAMBA yang makin dekat denganMU Sang Pencipta yang Maha Kaya Lagi Agung.. TUHAN sekalian alam. Kini Sujud dan matiku hanya untukMu...... 

Sesungguhnya aku hambaMu yang masih serba kekurangan dan masih banyak perkara yang aku perlu perbetulkan tentang diri ini. Kadang-kala aku juga tergelincir dari landasan. Istiqfar dan muhasabah diri. Bangun semula, kuatkan semangat dan terus beristiqamah dalam mengejar Syurga Allah. Perkataan IKHLAS perlu ada dalam hati untuk setiap apa yang kita lakukan baik dalam persahabatan, keluarga mahupon dalam pekerjaan. Bila semua IKHLAS, setiap perbuatan dan amalan kita dijagaNYA.

Jadilah seperti rumah, semakin hari semakin kita ubah suai menjadi lebih baik...semakin tinggi nilainya dan jangan seperti alat telekomunikasi cantik dilihat, pelbagai fungsi...yang harganya turun dan makin menurun belum mencecah setahun di pasaran.....



https://www.facebook.com/nurulhidayah.zainul

No comments:

Post a Comment