Powered By Blogger

Sunday, 1 December 2013

Pembunuh Dalam Diam......


Tersentap hatiku hari ini dikhabarkan dengan berita kematian 3 beradik yang padaku masih mentah dalam mengenal erti kehidupan. Sedih dan pilu mengenangkan apalah dosa 3 beradik ini lakukan sehingga si pesalah sanggup lakukan perbuatan keji lagi hina ini. Sungguh ke mana hilangnya nilai kemanusiaan yang ada dalam diri sehingga sanggup bertuhankan hawa nafsu. Ternyata manusia hari ini mengalami penyakit mental yang semakin serius.

Dalam kebanyakan komen yang terdapat dalam laman sosial berkenaan kes ini, ramai yang mahu penjenayah terbabit dikenakan hukuman mati, sesetengahnya pula melahirkan rasa marah pada si penjenayah, tidak ketinggalan ramai menzahirkan rasa simpati pada keluarga. Malahan sesetengahnya menyalahkan orang itu, orang ini berikutan kes yang terjadi. Seolah-olah cuba merungkaikan sebab dan punca disebalik kejadian.

Pernah tak kamu semua terfikir salah satu daripada punca berlaku perkara sedemikian adalah disebabkan dengan menolak ajaran Islam itu sendiri. Tidak perlu kita hendak menunding jari pada orang itu, orang ini sebaliknya kita cuba lihat diri kita sendiri sudah sempurnakah pakaian kita mengikut syariat Islam. Islam itu syumul setiap apa yang ditetapkan dalam ajaran Islam begitu sempurna. Dalam bab pemakaian terutamanya pastilah ada sebabnya kenapa wanita itu diwajibkan melindungi tubuhnya dengan pakaian yang menutup aurat. Ya.. inilah salah satu sebabnya.....supaya perkara sebegini tidak berlaku. Anak-anak sebegini tak menjadi mangsa atas kejahilan  manusia itu sendiri. 

Artis masa kini merupakan golongan yang dekat dengan masyarakat. Mohon cara pemakaian dijaga dan tidak menjolok mata. Sesetengah artis tidak menjaga etika pemakaian terutama dalam menghadiri sesuatu majlis meskipun secara langsung disiarkan di kaca televisyen. Pakaian umpama tidak berpakain. Juga pada pereka-pereka fesyen. Hasilkanlah busana yang menepati syariat dan etika pemakain agar busana yang dihasilkan dan digayakan artis lebih sopan. Secara sedar atau tidak mereka telah menyumbang kepada peningkatan nafsu syaitan durjana dengan menjadikan lelaki-lelaki yang rapuh iman sebagai tempat mereka sandarkan nafsu. Wujudkan satu badan yang boleh memantau serta menetapkan garis panduan pada golongan ini agar cara pakaian tidak melampau batas. Masyarakat hari ini lebih mudah menjadikan artis sebagai idola mereka. Sumbanglah sesuatu yang boleh memberikan manfaat pada masyarakat. 



Anak-anak gadis zaman sekarang pakaian haruslah dijaga. Jika ke tempat kerja pakailah pakaian yang bersesuaian sebagai pekerja dan bukan sebaliknya. Benar jika kamu kata aku seksi sekalipun, tapi aku tidak pernah menjadi mangsa lelaki macam itu. Tapi kamu merupakan golongan yang boleh aku katakan sebagai PEMBUNUH DALAM DIAM. Kamu adalah salah satu punca terjadinya penyakit begini dalam masyarakat.

Para lelaki pula ingatlah kamu diciptakan Allah sebagai Pemimpin. Dilahirkan oleh seorang yang bergelar wanita. Betapa mulianya wanita kerana tanpa mereka tidak ada kamu di dunia. Tingginya darjat wanita itu sehingga Syurga kaum lelaki terletak di bawah tapak kaki IBU. Pelihara, muliakanlah dan hormatilah wanita itu seadanya. Bimbinglah mereka ke jalan Allah dan bukan mengheretnya ke NERAKA Allah. Sebelum melakukan sesuatu ingatlah amanah dan tanggungjawab yang telah Allah amanahkan pada kamu wahai kaum ADAM.

# semoga kita menjadikan kes ini sebagai ikhtibar dan pengajaran. Muhasabah Diri. Berubahlah ke jalan  yang lebih mendatangkan kebaikan dari jalan yang menghumbankan kita ke neraka.

No comments:

Post a Comment