Powered By Blogger

Saturday, 19 October 2013

Rahsia Si Besar kepada Si Kecil













Andai si kecil tahu apa yang terbuku dalam hati si besar....pasti si kecil faham KENAPA/ MENGAPA si besar bertindak sedemikian. Kasar bukan kerana MEMBENCI, marah bukan kerana TIDAK SAYANG tapi semua si besar lakukan lambang kasih sayang pada engkau si kecil... 


Kasar si besar supaya si kecil  berfikir 

adakah benar jalan yang si kecil pilih??
adakah benar setiap apa yang si kecil fikirkan??
adakah benar setiap tindak tanduk yang si kecil lakukan??

Marah si besar  supaya si kecil sedar

jalan yang si kecil pilih itu lurus tp bengkok sebenarnya
apa yang si kecil fikirkan terlalu keterlaluan
tindak tanduk yang si kecil lakukan salah kerana rmengikut hati

Si kecil menunding jari kepada Si Besar atas apa yang berlaku. Si Besar tidaklah terlalu baik hakikatnya. Namun atas sedikit rasa tanggungjawab bersandarkan senipis ilmu di dada membuatkan si besar melangkah tanpa rasa sedikit penyesalan. Ya penyesalan akan berlegar2 di kepala si besar sekiranya tidak bertindak sedemikian. 


Namun sehingga saat kehilangan si besar merayu pada si kecil. Patutkah??? sedangkan  si kecil patut sedar apa yang harus dilakukan. Tidakkah si kecil sedar di situ letaknya SYURGA baginya??? Ya Allah apa lagi harus si besar lakukan...Tunjukkan. 


Dengar sini wahai si kecil...

jangan kerana engkau "si kecil" tanggungjawabmu kecil
jangan kerana engkau 'si kecil' engkau terlalu menjadi hamba hati kecilmu
Jangan kerana engkau si kecil  peluangmu kecil meraih Jannah
jangan kerana engkau 'si kecil' pahalamu kecil

Jangan si kecil...

bangun..bangkitlah bersama2 kami meraih Jannah
buka matamu, 
bersihkan hatimu yang kelam dengan kalimah suci
Jaga pergaulanmu, 
lembutkan lidahmu bila berbicara, 
kawal tingkah lakumu, 
pelihara auratmu,
kerana sesungguhnya masih ada insan yang akan menanggung perbuatanm

Percayalah padaku ini si kecil

Jika engkau kejar syurga dunia 
Nescaya engkau tersungkur di pintu SYURGA
Jika engkau kejar syurga Akhirat 
Pasti pintu2 syurga menantimu 

Betulkan hatimu si kecil

Pasti Allah SWT akan menemukanmu 
dengan insan2 yang baik 
membuka jalanmu meneroka JALAN TERINDAH

Si kecil...

sini si besar bisikkan...
"KASAR dan MARAHKU terluah kerana aku tiada kelembutan lagi untuk berbicara denganmu wahai si kecil kerana kelembutanku engkau pijak. Biarlah engkau menganggap aku  membencimu, kerana hakikatnya Si Besar takut Si Kecil terungkur di Pintu Syurga"





No comments:

Post a Comment