Aqil |
Seperti kebiasaan, akhir tahun tiba pasti kerja yang mendatang semakin menimbun di meja serta diari sudah pastinya penuh dengan nota-nota penting. Sampai tak menang tangan jadinya. Kebanyakan tugasan berkaitan dengan sebut harga untuk menghantar pengajar menyambung pelajaran ke peringkat Master atau Doktor Falsafah (PHD). Kebanyakannya pengajar akan membawa ahli keluarga masing-masing dan kebanyakan mereka memilih universiti sekitar USA, Jepun, Europe dan beberapa buah negara di Timur Tengah. Banyak benda perlu diingatkan kepada penumpang sebelum tiket diissue, kebiasaannya berkaitan dengan VISA, nama setiap penumpang mestilah merujuk kepada passport dan confirmation date untuk perjalanan. Hal ini disebabkan tiket yang diissue merupakan harga tiket special fare dimana setiap pertukaran tarikh perjalanan, ejaan nama penumpang atau permasalahan lain yang timbul dikenakan panalty yang telah ditetapkan oleh setiap airline. Untuk mengelakkan sebarang masalah yang timbul, Ika menyediakan sebut harga berserta dengan note tambahan berkaitan dengan panalty yang dikenakan sebagai rujukan pihak jabatan yang mengeluarkan waran penerbangan.
Sedang Ika memeriksa nama penumpang menerusi passport dengan nama yang telah di booking dalam sistem abacus, Ika dikejutkan dengan suara yang sangat dikenalinya. Mana tidaknya sejak malam itu, hubungan mereka sudah berginjak ke peringkat yang serius. Sejujurnya Ika senang dengan sikap Aqil. Seorang yang simple, ramah dan rendah diri. Jauh sekali dengan sangkaan Ika selama ini. Jika bertemu di office, Aqil serius dan menegur sekiranya terdapat masalah berkaitan kerja sahaja.
“Ika, busy sangat ker? Saya kat depan awak pun tak sedar” tegur Aqil. Kak Latifah disebelah hanya tersenyum dan meneruskan kerjanya. Dapat Ika rasa sejak akhir-akhir ini, Kak Latifah banyak mencari kesalahannya. Mungkin ada benda yang dia tidak selesa dengannya agaknya. Biarkanlah tak semua benda kita boleh puaskan hati orang.
“ hye, sorry ....Busy banyak kerja la awak. Eh en Aqil sampai sini bila? Bukan semalam di KL lagi ke?”
“tak tahan rindu la . Sebab tu balik awal”
“ ni dah kuar dating belom, jangan sampai hati tak keruan pulak tahan rindu”. Ika sekadar berjenaka membalas kata-kata Aqil.
Sedaya upaya dia berlakun depan Kak Latifah supaya hubungan antara dia dengan Aqil tidak dapat dihidu perempuan itu. Seriusly, Ika tidak percaya dengan Kak Latifah. Bukan niat untuk memburukkannya, tapi Ika dapat rasa setiap kali lelaki cuba berurusan dengannya, pastinya Kak Latifah akan menarik perhatian lebih dan yang paling Ika tak dapat terima bila dia perburukkan Ika depan customer mengatakan Ika tak boleh buat kerja, suka keluar malam dan bertukar pasangan sebagainya. Melampau betul, tapi Ika mengambil sikap malas nak bergaduh kerana dia masih mahu bertahan lagi di sini.
“dah jumpa, tapi dia macam tak ada feel ja jumpa saya. Maybe dia tak rindu langsung kut ”matanya membulat melihat Ika yang berlagak macam biasa. Dalam hati rindu yang teramat. Ika hanya tersenyum mendengar celoteh Aqil.
“mana awak tau dia tak rindukan awak? Awak ada 6senth ker boleh baca hati dia?”
“ awak lunch pukul berapa?” soalan dibalas soalan dari Aqil.
“macam biasa la.Pukul 1. kenapa?”
“ awak tolog check sekejap harga tiket ke Kota Kinabalu. Amir nak balik sana cuti semester ni. Awak belikan terus la. Nanti saya kena datang lagi, kalau orang tu nak tunggu tak apa la, ini tidak terus saja balik” jawab Aqil mengungkit peristiwa lama.
Rasa macam nak baling pen saja kat muka Aqil, mana tidaknya dah la suaranya tu boleh didengari oleh Kak Latifah dan intonasi pulak macam orang manja. Takut Kak Latifah dapat syak pulak.
“baiklah, awak tunggu sekejap. Saya siapkan”. Dalam Ika sibuk siapkan tiket untuk Amir, handsetnya berbunyi menandakan sms diterima.
Aqil - puas dapat tengok sayang hari ni. Abang baru sampai tau. Buat suprise kat sayang.
Ika - ye la. Balik xnak inform pon. Bukan tau sayang risaukan abang. Dh la drive sorg2.
Balas Ika dengan segera takut pulak ada kaki report nanti inform bos katakan dia buat kerja sambil sms, tak fokus semasa tengah bertugas. Kelihatan Aqil hanya tersenyum membaca sms yang dihantarnya. Entah apa yang suka sangat dengan sms tersebut.
“en Aqil, tiket dah siap, semuanya RM350.00”. selepas bayaran dibuat Aqil minta diri untuk pulang ke pejabatnya.
Risau jugak sayang kat abang. Igt xsyg
Sayang sangat tau...banyak
Hehehe...Love you too sayang. Malam nt lepas maghrib abang jemput sayang kt rumah. kt dinner sama. Lepas rindu
Ermmm..ok. xsbr jmpa abg lama2. Jumpa nanti.
Kak Latifah hanya memerhati Ika membals sms. Ika berlagak macam biasa, biar la kekadang dia pun main sms juga siap bergayut lagi. Dia tak ambik peduli pun.
“Ika baik dengan en Aqil” soal Kak Latifah. Padanya dia agak kurang senang dengan perbualan antara Aqil dengan Ika sebentar tadi. Seolah-olah ada rahsia yang disimpan mereka berdua. Apatah lagi dengan renungan mata Aqil yang tak berkelip memandang Ika sebentar tadi benar-benar telah mebuatkan hatinya tidak senang. Tak kan Aqil dah jatuh hati dengan Ika. Budak tu bukannya cantik sangat kalau nak dibandingkan dengan aku. Aku lagi cantik, hitam manis...Ika apa yang ada. Kalau la betul tekaannya ternyata Ika lagi hebat daripadanya. Tak boleh jadi ni. Aku mesti kena buat sesuatu.
“macam biasa. Lagipun dia kan regular customer kita.
“Kak tengok Ika macam suka kat dia ja” sakat kak Latifah cuba korek rahsia. Sorry ok, soal hati dan perasaan aku tak kongsi tambah-tambah lagi dengan mausia talam dua muka macam kau ni. Balas ika dalam hati.
“eh kak ni mana ada. Dia tu siapa kak, Ika ni cuma kerani ja. Lain la kalau kak, dah la cantik. Jawatan pon besar”puji Ika.
“ Ika, ikhlas cakap Ika memang tak berapa sesuai dengan en Aqil tu. Dia tu ada rupa, ada kerjaa bagus. Dia boleh dapat perempuan yang lebih baik” kata-kata tersebut sedikit sebanyak mengganggu fikiran Ika. Betul dia tidak sepadan jika digandingkan dengan Aqil.
“kak, saya sedar la siapa saya. Jangan risau” balas Ika. Akhirnya dia meneruskan tugasan yang ada dengan hati yang geram. Sesuka hati sahaja dia bagi komen yang menyakitkan hati aku. Kalau la dia tahu aku dengan Aqil couple, tak tahu la apa yang akan dilakukannya. Suka sangat menjaga tepi kain orang dan suka sangat perasan diri tu muda remaja. Geram betul Ika.
Sekadar mengenakan cardigan putih hitam dan berseluar jeans serta tudung di kepala, Ika tak sabar bertemu Aqil. Kedengaran bunyi hon di luar rumah, menandakan Aqil sudah sampai menjemputnya.
“Farah, Ika keluar dulu. Nanti kalau nak pesan apa-apa sms Ika”
“aah, take care” balas Farah dengan senyuman yang tidak putus terukir di bibir. Mengerti sahabatnya dalam fasa bahagia.
“kenapa pandang sayang macam tue”. Soal Ika sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelah Aqil. Pelek melihat Aqil memandangnya seolah-olah ada benda yang tidak kena padanya.
“sayang ni la...suka sangat buat abang tak senang duduk”
“la..sayang ada buat salah ker”
“aah...dan sayang akan dikenakan hukuman”
“ iya la tue..tak percaya la abang nak hukum sayang”
“baik..tuggu sekejap lagi. Biar abang berfikir dulu apa hukuman yang sesuai untuk sayang abang nie”
“cepat la abang drive, sayang dah lapar nie...tahan perut nak makan degan abang” bahagia Aqil mendengar luahan hati Ika. Mengenali dan mencintai Ika adalah satu perkara yang membuatkan dia rasa sering dihargai.
Memilih restoran D’Cengkih yang sangat popular dengan makanan lautnya, mereka melangkah masuk ke dalam restoran. Sekadar memilih tom yam seafood, sotong goreng tepung dan beberapa jenis lauk kegemaran, mereka menjamu selera sambil menikmati pemandangan laut. Terlalu banyak perkara yang diceritakan oleh Aqil sepanjang dia outstation. Ika hanya mejadi pendengar setia dan sesekali memberi komen membina buat buah hatinya.
“sayang, ayah macam mana dah sihat ke”
“lepas keluar hospital hari tu, nampak ada perubahan sikit cuma sekarang ni kena berulang alik ke hospital sebab kena jumpa doktor” terang Ika.
“mudah-mudahan ayah sayang cepat sembuh”
“insyaallah”
“sayang, minggu ni abang ikut sayang balik kampung, boleh tengok mak” cadang Aqil. Teringin benar dia untuk bertemu dengan keluarga Ika terutama mak dan ayahnya. Apatah lagi dengan keadaan ayah Ika yang tidak beberapa sihat sejak kebelaangan ini. Nak harapkan Ikaa mempelawanya, entah tahun bila dia boleh sampai ke rumah bakal mentuanya.
“betul abang nak ikut ni?”
“aah betul la. Tak sabar nak jumpa dengan mentua”bersungguh benar Aqil mahu mengikutnya.
“boleh. Tapi rumah sayang tak ada la selesa macam rumah keluarga abang. Rumah kampung. Harap sampai sana abang selesa” sejujurnya bukan dia tidak mahu untuk mengajak Aqil ke rumahnya tapi takut perkara yang lama berulang lagi. Teringat semasa dia bersama Amril, sering kali Amril ke rumah keluarganya, namun akhirnya Amril memilih gadis lain sebagai isteri. Terlalu perit untuk dia lalui saat kecewa seperti itu apatah lagi sekiranya ada orang yang bertanyakan soal mereka berdua. Akibat daripada tekanan yang diahadapinya memaksa Ika terbang ke sabah membawa diri ke rumah kakaknya. Biarlah dia yang menanggung rasa seorang diri, dan tidak sesekali dia mahu melibatkan kedua ibubapanya. Berbulan dia sana dan setiap hari dia kan mendekatkan diri dengan Allah. Sungguh inilah terapi yang paling berkesan didunia dalam menghadapi kekecewaan. Beruntungnya dia mendapat kakak serta abang ipar yang memahaminya, saban hari akan membawanya keluar ke pantai, window shopping dan sesekali keluar menonton wayang. Akhirnya dia mampu mengharunginya dengan tenang, apatah lagi dengan pelung untuk berkhidmat di syarikat sekarang memberi ruang padanya untuk sibukkan diri dan memulakan kehidupan baru.
“abang tak kisah la. Rumah keluarga sayang, rumah mentua abang juga”
“bakal mertua” pembetulan dari Ika. ketawa mereka berdua.
“opss..sebelum terlupa. Sayang kena pergi Sabah hujung bulan ni”
“which part?”soal Aqil ingin tahu.
“Tawau”jawab Ika. Tersenyum Aqil mendengar mulut comel itu menjawab. Mana tidaknya itu kampung halamannya dan sudah pasti dia akan merencana sesuatu untuk Ika.
“abang nak ikut. Nanti sayang boleh ikut abang jumpa dengan bakal mentua sayang pulak”cadang Aqil.
“kan sayang pergi dengan staff, ini atas urusan kerja la. Lagipun hubungan kita kan baru lagi. Nanti dah sampai masa sayang akan ke sana juga” balas Ika mengharapkan pengertian daripada buah hatinya.
“lagi cepat lagi bagus sayang” balas Aqil.
“iye la. Tapi sayang tak ready lagi, dengan keadaan Ayah yang tak berapa sihat macam tu sayang perlu bagi tumpuan lebih pada family. Kalau sayang kahwin sekarang, sayang takut tak dapat beri tumpuan sepenuhnya sebagai isteri buat abang. Sayang harap abang faham situasi sayang sekarang” luah Ika bersungguh dan bukan beralasan.
“abang faham. Tapi apa salahnya sayang jumpa dengan family abang dulu. Kalau boleh setiap kesusahan yang sayang alami sekarang abang nak kongsi dengan sayang. Abang tak nak tengok sayang tangung semuanya sorang-sorang. Susah senang kita harungi bersama. Abang cintakan sayang” ucap Aqil meyakinkan Ika tentang kesungguhannya untuk melangkah ke fasa yang lebih serius dalam perhubungan mereka. Direnungnya mata Aqil, kelihatan jujur benar kata-kata yang terluah dari hatinya.
“berilah masa untuk sayang berfikir. Insyaallah kalau jodoh kita cepat, sayang menerima takdir ini dengan hati yang gembira” balas Ika sambil tersenyum.
Sementara Aqil menjelaskan bil di kaunter, Ika terlebih dahulu berjalan ke kereta. Ya Allah aku bahagia dengan lelaki ini, andai cinta yang telah lama hilang dahulu, telah engkau kembalikan padaku. Aku terima takdir terindah ini dengan rasa syukur padaMu. sempat lagi Ika berdoa dalam hati. Berbunga-bunga hantinya saat ini. Tersenyum sendirian menyedari hatinya benar-benar telah dicuri oleh Aqil.
“tak sabar nak jumpa mak ayah sayang nak beritahu anak dara dia orang ni dah tak sabar nak kawen dengan teruna idaman dia”terkejut Ika disapa sebegitu. Sangkanya Aqil masih di kaunter bayaran memandang ramai pelanggan di kaunter untuk buat bayaran.
“dia yang tak sabar, kita pulak yang kena”ketawa Aqil melihat mulut Ika yang dan panjang umpama mulut itik menahan rajuk.
“buat macam tu, nanti abang cium baru tau!”
“jangan harap la. Sayang bukan hak mutlak abang lagi tau!. Ingat abang tu pendidik, kena beri contoh terbaik untuk student. Jangan senang ja nak meraba anak dara orang” amaran pedas dari Ika.
“sayang ingat abang ni tak bermoral ke? Dengan sayang saja abang cakap macam tu, dengan orang lain tak adanya”. Pada Aqil, jangan mahu mencubit Ika, nak pegang tangan Ika pun tak boleh. Dia senang dengan cara nurul sebegitu yang terlalu membataskan hubungan antara lelaki dan perempuan.
“tak ada la. Sayang cuma ingatkan. Bukan sayang tak tahu, ramai student cuba tacle abang. Tu tak termasuk lecture muda kat fakulti abang. Sayang dapat tau abang ada skandal siap la” . Tergelak Aqil mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Ika. Sayang juga Ika padanya.
“cemburu juga sayang abang ni”
“mesti la. Abang hak sayang sorang saja tau!”
“kalau macam tu kena kawin cepat!”
“kalau tak kawin lagi tak boleh setia ke?”
“boleh...tapi tak tahu la sampai bila hati abang ni boleh tahan dengan godaan dia orang. Kalau ada offer yang bagus tak kan abang nak tolak. Dah yang kita sayang tak sudi”sakat Aqil sengaja mahu melihat reaksi Ika. Padanya tiada siapa mampu menganti tempat Ika. Sungguh dia teramat cintakan gadis ini.
“abang!!!!!!!!!!!!!!”
“sakit la sayangggg ” sakit lengan Aqil menerima cubit ketam dari Aqil. Digosoknya berkali-kali lengannya bagi menghilangkan rasa sakit. Sekali cubit boleh tahan juga Ika ni. Bisa betul.
“tau pun. Lain kali cakap lagi macam tu”.
Kesian Ika melihat Aqil yang masih menahan sakit apatah lagi dalam keadaan tengah memandu. Rasa bersalah pula buat Aqil macam tu. Perlahan digosoknya lengan Aqil, mengharapkan kesakitan berkurangan. Ika berani berbuat demikian memandangkan Aqil mengenakan t-shirt berlengan panjang. Senang Aqil dengan tindakan luar jangkaan dari Ika. Apa lagi tersenyum sampai ke telinga Aqil malam ni.
“kalau macam ni layanan sayang, hari-hari sayang cubit pun abang rela”
“mengada-ngada. abang nanti singgah Watson sekejap. Sayang nak beli barang sikit” pesan Ika.
“barang apa lagi sayang, bukan minggu lepas abang dah teman sayang beli barang”
“ada barang sayang terlupa beli”
“baik lah cik Ika sayang, saya menurut perintah. Selepas membeli barang yang dikehendakinya, Aqil menghantar Ika pulang ke rumah. . Sampai di rumah, Farah masih belum pulang. Ika terus melangkah masuk ke dalam biliknya berehat seketika sebelum membersihkan diri untuk menunaikan kewajipan padaNya.
Salam......sebelum sayang tidur fikir apa yang kt bincangkan tadi...
Wasalam.....insyaallah.
Gud nite..mimpi abang malam ni
Nite...
No comments:
Post a Comment