Pertama kali kaki ini melangkah dan berpijak di sini, macam-macam niat dah terisi dalam hati. Harapannya semua apa yang terniat In Sya Allah dimakbulkan. Tapi ini bukan lah topik untuk ditulis hari ni. Hari ni nak tulis pasal hati...pasal perasaan..hehehe
CINTA.. satu ungkapan yang sukar untuk kita ungkapkan dengan kata2..sukar diluahkan dengan perasaan. Hanya yang pernah rasakan perasaan ini sahaja mengetahui apa itu CINTA. Cinta boleh buatkan seseorang bahagia, namun jangan lupa kerana CINTA juga boleh buatkan seseorang derita hingga sanggup bertindak di luar kawalan emosi manusia normal. Jadi awassss!!!! jangan kerana cinta kita korbankan diri.
Bercinta lah jika kita rasakan si dia mampu membawa kita ke arah kebaikan. Bercinta lah sekiranya kita yakin kita mampu memberikan sedikit kebaikan pada si dia. Bercintalah selagi kita mampu mempertahankan diri dengan perkara di larang. Bercinta lah selagi kita rasakan semakin hari semakin kita berusaha menjadi yang terbaik. KERANA cinta itu adalah anugerah dari Allah untuk setiap hambanya. Jaga dan peliharalah rasa CINTA ini dari perkara yang boleh menjerumuskan kita dengan perkara yang dilarangnya.
Dalam memilih pasangan kita, perkara pertama yang membuatkan seseorang tertarik pada pasangan baik lelaki mahupun perempuan pastinya cantik dan kacak menjadi pilihan. Dari mata jatuh ke hati. Betul ke??? Ada benarnya.... sebab memang sudah lumrah semula jadi kita sukakan kepada kecantikan. Tapi istilah cantik ni bukan sahaja pada kacak atau cantik pada wajah. Pada saya sendiri istilah cantik dan kacak tu lebih kepada penjagaan kebersihan diri sendiri, kekemasan dalam pemakaian. Bagi si gadis tak perlu berhias dengan solekan tebal untuk kelihatan cantik, cukuplah sekadar ambik berat tentang penjagaan diri dan wajah. Berpenampilan secara sederhana dalam penggayaan pakaian sudah cukup membuatkan si gadis sangat cantik. Saya sendiri suka melihat gadis-gadis dan wanita yang berpakain simple tanpa sebarang solekan di wajah. Cukup membuatkan wow!!!. Lelaki pula tak perlu pakaian mahal-mahal untuk kacak. Bersih, bergaya sederhana dan ada ilmu pengetahuan. Bila berbual tidak berbual kosong.Tapi apapun jadi lah diri sendiri.
Pernah tak kalian jatuh Cinta pada non-muslim??? Apa bezanya bercinta dengan pasangan Islam dan bukan Islam. Saya sendiri tiada jawapannya. Dalam bab ini pada saya seseorang muslim itu perlu kuat untuk membawa pasangan ke arah Islam. Jangan jadi sebaliknya pula. Tunjukkan nilai sebenar seorang muslim dalam diri sendiri. Tunjukkan Indahnya Islam yang sebenar. Islam tidak memutuskan tali saudara, Islam tidak putuskan hubungan antara anak dengan ibubapa setelah memeluk Islam. Islam itu Indah ceritakanlah keindahan islam pada si dia agar dia tertarik dengan Islam. Buatlah dengan bersungguh-sungguh dan dalam masa yang sama kita haruslah mendalami Ilmu agama agar setiap persoalan dari si dia kita dapat memberi jawapan yang tepat.
Ambil contoh kisah wanita Ansar yang pertama memeluk Islam bernama Ummu Sulaim Binti Milhan. Beliau dipinang oleh Abu Talhah yang merupakan seorang pemuda yang tampan dan kaya raya serta digilai ramai perempuan di Madhinah. Namun pada masa itu Abu Talhah masih belum memeluk Islam. Pada pendapat Abu Talhah, Ummu Sulaim pasti melompat gembira menerima berita peminangan tersebut. Namun bagi pihak Ummu Sulaim beliau tidak dapat dikaburi sifat-sifat yang tidak diwarnai keimanan. Abu Talhah terkejut pada kata-kata yang dilemparkan kepadanya oleh Ummu Sulaim " Wahai Abu Talhah, apakah kamu tidak tahu tuhan yang kamu sembah hanya sebatang pokok yang tumbuh di atas tanah. Diukir oleh hamba Habsyi. Apakah kamu tidak malu sujud pada kayu yang diukir oleh seorang hamba?"
Abu Talhah masih tidak berputus asa. Dengan berlagak sombong menawarkan mas kahwin yang tinggi dan kehidupan yang mewah kepada Ummu Sulaim. Pada pemikiran Abu Talhah pastinya Ummu Sulaim tidak akan menolaknya. Namun, Ummu Sulaim masih teguh dengan pendiriannya. "Wahai Abu Talhah, lelaki sepertimu memang tidak wajar ditolak. Namun engkau lelaki kafir, sedangkan diriku wanita Islam. Tidak halal bagiku berkahwin dengan kamu. Sekiranya engkau memeluk Islam, itu adalah maharku. Aku tidak meminta selain daripada itu."
Abu Talhah datang semula dengan menawarkan mas kahwin yang tinggi dan harta yang banyak. Ummu Sulaim tetap dengan pendiriannya namu kali ini beliau lebih tegas. "Tidakkah engkau tahu wahai Abu Talhah, tuhan-tuhan yang engkau sembah diukir oleh hamba Habsyi itu apabila dinyalakan api, ia terbakar?". Kata-kata Ummu Sulaim berjaya menggetarkan emosi Abu Talhah dan gagal mempertahankan tuhan palsunya. Lantas berulang-ulang menyebut "Aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan dan pesuruh Allah".
Dengan Islamnya Abu Talhah, Ummu Sulaim menerima lamaran Abu Talhah. Disebabkan terlalu gembira Abu Talhah bercadang memberikan harta kekayaannya kepada Ummu Sulaim. Namun ditolak oleh Ummu Sulaim. "Wahai Abu Talhah aku berkahwin denganmu semata-mata kerana Allah. Aku tetap mengambil keislamanmu sebagai maharku dan tidak selain dari itu". Begitulah hebatnya penangan seorang wanita Islam yang berpegang teguh dengan agamanya sehingga berjaya menundukkan seorang lelaki bukan Islam yang sombong dan angkuh.
Doakanlah semoga pasangan kita bersama-sama kita mencari Jannah. Biar seteruk mana dia pada kisah lalu, terimalah dia seadanya pada masa kini jika dia lebih baik dari semalam.