Powered By Blogger

Friday, 27 December 2013

Surah al-Kahfi Penyelamat dari Fitnah Dajjal




Surah al-Kahfi & Kelebihannya

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

1. Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:


“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.” 

(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:


“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” 

(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3. Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:


“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” 

(HR Muslim 809)


Surah al-Kahfi

Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”. Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

FITNAH AL-DAJJAL



Sabda Rasulullah s.a.w : “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan
tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.” Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:

“Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: ”Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.” Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:”Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya.”

“Jika salah seorang diantara kamu telah selesai bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat pekara. Hendaknya ia berkata : ‘Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cobaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal.” doanya seperti berikut :







ASAL-USUL DAJJAL

ASAL-USUL DAJJAL
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.
SIFAT FIZIKALNYA
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kanan, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahankayu yg rimbun.Dan tandanya yg paling ketara sekali ada duaertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
LOKASINYA
Menurut riwayat yang sahih yang disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawaDajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. andaboleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
RIWAYATNYA
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selamaempat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
DOKTRIN AD-DAJJAL
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akanmematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkanpenyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R MuslimNamun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
Sekian Wasallam

Peristiwa keganasan di Syria







PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun.Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ) Ahli Sunnah Waljamaah.

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni.





Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.
BERMULA ZAMAN AYAHNYA

Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.

Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.

Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat.

Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan.

Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.
BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.

Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..

84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar,

6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar..

Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..


#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…
FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”

-hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.
PERKARA TERBARU

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat.

Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka.

tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID….

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.
KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria.

TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan.

Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid.

Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.


PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria

-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan

-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI” dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;

“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.

Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

- Disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah.

p/s perkongsian tokoh ulama’ syria,Syeik Hassan di UPM menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria.

Wallahu A’lam..

Isu Semasa Umat Islam Palestin... Apa Yang Dapat kita Bantu...?



Sebenarnya kisah Palestin tenggelam dan timbul, kerana banyak isu lain yang lebih diutamakan di dalam akhbar-akhbar dan media massa. Sehinggalah beberapa hari ini israel semakin mengganas dan membunuh lebih 300 orang Palestin

Apa hebatnya Palestin sehingga semua umat Islam perlu mengambil cakna kepadanya?

Palestin dianggap tanah suci umat Islam berdasarkan firman ALlah yang bererti :


"Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci yang telah ALlah subahanahu wa ta'ala telah perintahkan bagi kamu sekalian"

(Surah al Maidah : Ayat 21)


Palestin adalah tanah yang diberkati ALlah. Firman ALlah yang bererti :


"Maha Suci ALlah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid al Haram ke Masjid al Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya."

(Surah al Isra' : Ayat 1)


Firman-Nya lagi yang bererti :


"Dan telah Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu."

(Surah al Anbia' : Ayat 80)


Di tanah itu terdapat Masjid al Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah. RasuluLLah telah bersabda yang bererti :

"Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid; Masjid al Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al Aqsa. "

(Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)

Di bumi ini, terdapat ramai pesuruh ALlah yang diutuskan antaranya adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Luth. Di sini juga adalah bumi Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam di isra'kan.

ALlahu..ALlah...

Bangunlah Wahai Pahlawan Islam

Di bumi ini, ia pernah diperintah oleh Kristian selama 88 tahun (1099-1887). Dan akhirnya jatuh di tangan pahlawan Islam yang terkenal iaitu Salahuddin al Ayyubi seorang bangsa Kurdi yang bukan dari bangsa Arab. (Siapa yang berjuang di atas nama Islam, pasti ALlah akan tingkatkan darjatnya).

Negara haram Yahudi telah tertubuh melalui British yang mengisytiharkan menerusi Perjanjian Bulfor pada 2 November 1917 dan mendapat persetujuan Amerika Syarikat pada 31 Ogos 1918.

Pelajar Melayu yang belajar di Mesir pernah berjuang dengan menubuhkan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (1952) dan akhirnya nama yang terakhir adalah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM (1971) bersama-sama kerajaan Mesir pada masa itu untuk memerangi tentera Israel yang bergabung dengan Perancis dan British. Pada 29 Oktober 1956, di atas semangat persaudaraan Islam PMRAM telah menyertai tentera Mesir memerangi tentera musuh hingga ke perbatasan Suez. Manakala pelajar-pelajar yang tidak berkeupayaan menyertai jihad ini telah memberi sumbangan dengan menderma darah..

Golongan siswi pula tidak ketinggalan memberikan sumbangan menerusi khidmat menjahit pakaian tentera.

Mereka Saudara Kita

Dan kini bumi Palestin telah digemparkan lagi dengan peristiwa pembunuhan yang seolah-olah tidak akan sehabis-habisnya sehinggalah Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin. Namun yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang terkorban dan al Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis.

Apa yang dapat kami bantu wahai saudaraku...

1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaLLah.

2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma.

3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, sms, mms, majalah dan sebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya tentang penderitan rakyat Palestin.


5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis, atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al Aqsa dan umat Islam silalah untuk menulis surat, menulis artikel, petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berautoriti dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaaan dan lebih dari itu OIC.

6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin laman web, pereka grafik yang kreatif membuat widget bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Disarankan juga untuk memakai baju 'bebaskan palestin' contohnya.

7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga umat Islam di seluruh dunia juga kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.

Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan ALlah memandang kita sebagai Muslimin yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya.. Insya ALlah.


Masjid Al-Aqsa dalam bahaya



Sesungguhnya apa yang sedang berlaku terhadap Masjid Al-Aqsa pada hari ini merupakan satu percubaan Zionis yang kejam bagi membakar dan memusnahkan Masjid Al-Aqsa serta menghapuskan kesan-kesan kesucian Bandar Al-Quds. Dengan bertujuan menyingkirkan umat Islam dan mengubah bandar tersebut menjadi bandar Yahudi.

Menjadi satu kewajipan atas setiap muslim, bahkan setiap manusia yang mempunyai kebebasan dan hak untuk bangun menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan, serta mempertahan masjid Al-Aqsa dan Palestin umumnya.

Ini bagi kita ialah isu kemanusiaan, kerana mereka dengan terang terang telah melakukan kezaliman, pembunuhan, dan memusnahkan harta benda. Sepertimana kita lihat apa yang terjadi di Gaza baru-baru ini.

Dan isu ini juga ialah isu umat Islam, yang mana akan ditanya di hadapan Allah SWT sekiranya mereka tidak berusaha membantu saudara mereka di Palestin serta tidak berusaha dan bekerja keras sedaya upaya untuk mengembalikan Masjid Al-Aqsa dan Palestin umumnya.

Sesungguhnya pembinaan semula gereja Yahudi yang sudah roboh berhampiran dengan masjid Al-Aqsa itu ialah satu perkembangan yang sangat bahaya dalam usaha mengubah al-Quds menjadi bandar Yahudi. Kerana bagi mereka, pembinaan gereja ini ialah langkah terakhir bagi membina Haikal Sulaiman yang didakwa, dan satu perancangan untuk merobohkan masjid Al-Aqsa.

Daripada sini kita sebagai umat Islam mesti mempunyai pendirian untuk membantu Masjid Al-Aqsa, memahami isu Al-Aqsa dengan mendalam serta mengetahui peranan kita sebagai seorang Muslim iaitu seperti berikut:

Pertama: kedudukan dan kemuliaan Masjid Al-Aqsa

Masjid ini mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam kerana ia adalah tempat Isra’ junjungan kita Nabi Muhamad SAW sepertimana firman Allah SWT:

{ سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ} الإسراء/1

Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambanya (Muhamad) pada waktu malam dari Masjil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya tanda tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Pada malam Isra’ Mikraj ini juga nabi kita Muhamad SAW telah menjadi imam solat bersama para Anbiya’ dalam masjid Al-Aqsa dan di sini juga nabi kita mewarisi bendera dan risalah Anbiya’ sebelumnya.
Masjid Al-Aqsa ialah kiblat yang pertama bagi umat Islam. Kerana inilah kiblat yang ditujukan oleh nabi kita (SAW) dan para sahabat selama 17 bulan semasa mereka berada di Madinah. Sehinggalah Allah SWT menurunkan ayat Al-Quran :

{قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ} البقرة: 144

Maksudnya: Kami melihat wajahmu (Muhamad) sering merenung ke langit, maka kami palingkan engkau ke arah kiblat yang engkau ingini, maka hadapkanlah wajahmu kearah Masjidil Haram. Dan di mana saja engkau berada, hadapkanlah wajahmu kearah itu. Dan sesungguhnya orang orang yang diberi kitab (Taurat dan injil) tahu. Bahawa itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka, dan Allah tidak akan lalai tentang apa yang sedang mereka lakukan.
Fadilat solat di dalam masjd ini bersamaan 500 solat di masjid lain. Sabda Rasulullah SAW:

«الصلاة في المسجد الحرام بمائة ألف صلاة والصلاة في مسجدي بألف صلاة، والصلاة في بيت المقدس بخمسمائة صلاة» (حديث حسن رواه الطبراني(.

Ertinya: Kelebihan solat di dalam Masjdil Haram bersamaan dengan 100,000 solat (di tempat lain) , dan solat di dalam masjidku ini (Masjid Madinah) bersamaan 1000 solat. Dan solat di masjid Al-Aqsa bersamaan 500 solat - Riwayat Tabrani
Ia salah satu daripada tiga masjid yang digalakkan untuk dikunjungi. Sepertimana sabda Rasulullah SAW bersabda:

«لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام ومسجدي هذا، والمسجد الأقصى(( .

Ertinya: Tidak digalakan bermusafir kecuali kepada tiga buah masjid iaitu : Masjid Al-Haram, masjid ku ini (Madinah) dan Masjid Al-Aqsa.



Kedua: Tipu helah untuk merampas Masjid Al-Aqsa dan Al-Quds

Pada abad yang lalu, umat Islam telah mengalami kelemahan dan perpecahan sehingga menyebabkan kejatuhan khilafah Uthmaniah. Dan pada masa yang sama ikatan zionis mula ditubuhkan, bagi tujuan merampas tanah suci di Palestin dan menzahirkan warisan warisan palsu yang mereka dapat dari kitab taurat yang telah diputarbelitkan oleh mereka sendiri.

Dan bagi tujuan yang sama, Zionis Yahudi dan Kristian mula bersatu padu dan mengetepikan ketegangan di antara mereka yang sering berlaku demi melawan umat Islam serta merampas tanah suci di Palestin. Dan malangnya mereka telah berjaya dalam hal ini. Tentera British penjajah telah masuk ke tanah suci dan Masjid Al-Aqsa yang masih di bawah pemerintahan kerajaan Islam.

Dan mereka mula menyerang masjid ini bertubi-tubi sehinggalah menang ke atas tentera tentera Arab dan berjaya merampas Masjid Al-Aqsa serta menjadikannya sebagai pusat Zionis yang kejam ini bagi kali pertama dalam sejarah umat Islam.

Pada ketika itulah puak-puak Yahudi di merata dunia mula bergembira dan menyeru untuk rampasan Khaibar dan Madinah sebagai langkah seterusnya. Dan mereka melaungkan tema dan nasyid yang menyakitkan hati umat Islam dengan kata-kata, "Muhamad telah mati dan hanya mewariskan anak-anak perempuan."

Tetapi alhamdulilah masih terdapat segolongan orang Islam yang berjiwa suci mempertahankan masjid ini walaupun telah jatuh ke tangan Yahudi. Mereka sanggup menggadaikan nyawa, bersilih ganti dalam perjuangan mempertahankan Al-Aqsa. Dan membaik pulih bahagian yang telah rosak. Namun Zionis masih belum putus asa untuk memusnahkan masjid ini dan menggantikannya dengan haikal mereka dengan pelbagai cara dan tipu helah seperti menggali terowong di bawah masjid, jambatan dan jalan raya, serta menggalakan pengikut-pengikut mereka untuk membakar, memusnah, mengebom bahagian bahagian tertentu di masjid ini dengan hasrat supaya Masjid Al-Aqsa runtuh secara sendiri, tanpa dihirau oleh umat Islam. Tetapi Allah SWT masih memelihara Masjid Al-Aqsa.

Keadaan sebegini telah berterusan selama dua tahun sehingga datangnya penyerang Yahudi Michael Dennis dan membakar Mimbar Salahudin dan sebahagian besar dari masjid. Namun para penjajah dengan sengaja melengah-lengahkan kerja pemadaman api serta cuba menghalang orang Islam dari melakukannya, menyebabkan sebahagian besar masjid telah musnah.

Jika kita lihat balik perancangan-perancangan untuk menimbuskan masjid ini pula, kita dapati pelbagai cara telah digunakan dan terdapat lebih dari 20 pertubuhan Zionis telah ditubuhkan bagi tujuan yang sama. Ini tidak termasuk ratusan cubaan secara peribadi dan kelompok yang turut menjajah, membakar, mengebom, menakutkan para jemaah yang solat di sana.

Dengan ini ternyata, pemusnahan yang sedang berlaku di keliling masjid. Dan jalan raya merupakan salah satu perancangan untuk memusnahkan masjid yang mana puak puak Yahudi tidak jemu dan putus asa untuk melakukannya.

Ketiga: Al-Aqsa dalam bahaya

Pada tahuan 1968 persatuan Zionis telah mengumumkan penggabungan antara Bandar Al-Quds Timur dengan Bandar al-Quds Barat. Dan menjadikannya bandar yang disatukan. Pada tahun 1980 pula mereka juga telah mengumumkan bahawa Bandar Al-Quds yang telah disatukan ini ialah bandar Yahudi yang kekal. Dan dimulakan dengan kerja-kerja mengubah Al-Quds Timur sebagai pusat Yahudi dengan secara beransur-ansur.

Di antara kerja mereka ialah:

1. Membakar Masjid Al-Aqsa pada pagi hari Khamis, 21/08/1969.

2. Menggali terowong secara berterusan di bawah halaman masjid dan kawasan-kawasan sekelilingnya, dengan alasan mencari Haikal Sulaiman yang didakwa. Dan kerja kerja ini lama-kelamaan akan menyebabkan runtuhnya Masjid Al-Aqsa.

3. Membina perumahan di bandar dan perkampungan di sekeliling Al-Quds dengan merampas tanah hak milik rakyat Palestin umumnya dan penduduk Bandar Al-Quds secara khusus. Serta merobohkan tempat tinggal rakyat Palestin. Dalam masa yang sama memberi kebenaran kepada Yahudi untuk membina rumah.

4. Melakukan pembunuhan beramai-ramai di Bandar Al-Quds. Termasuk dalam Masjid al-Aqsa, Kubah Sakhrah, Haram Ibrahimi di Bandar Al-Khalil dan lain lain.

5. Usaha berterusan untuk menghalau peduduk asal dari Bandar Al-Quds sehingga Yahudi menjadi majoriti penduduk di bandar ini. Untuk itu mereka telah merampas kerakyatan rakyat Palestin dan mengenakan cukai yang dahsyat ke atas mereka, serta tidak memberi apa-apa kemudahan hidup kepada mereka.

7. Membina pagar di sekeliling Bandar Al-Quds, dan juga di sekeliling tanah Palestin sehingga negara Palestin menjadi seperti penjara tertutup supaya rakyat Palestin tidak dapat bersatu, kenal-mengenal, tolong-menolong. Dan juga untuk mengasingkan Bandar Al-Quds dari segala bandar dan perkampungan lain di Palestin.

7. Melarang penduduk arab dari menghampiri Bandar Al-Quds dan menghalang mereka dari solat dalam Masjid Al-Aqsa.

8. Mengenakan pelbagai syarat untuk memasuki Masjid Al-Aqsa. Seperti menentukan had umur yang tertentu bagi jemaah yang ingin masuk terutama di hari Jumaat, sehingga ramai pemuda Palestin terpaksa solat di jalan raya.

9. Menutup sejumlah organisasi organisasi arab dan Islam di Bandar Al-Quds, terutamanya organisasi akademik dan masyarakat.

10. Membuat perancangan membina “Bandar Al-Quds terbesar” dengan merampas tanah penduduk arab di Palestin. Dan kerja ini sangat bahaya kerana ianya bertambah luas sehari demi sehari.

11. Melakukan pembunuhan yang kejam keatas rakyat Palestin, serta menahan sebilangan yang besar pemuda Palestin di Bandar Al-Quds dan perkampungan disekeliling. Sehingga penduduk merasa gerun dan takut.

12. Menyebarkan unsur-unsur yang dapat memusnahkan pemuda seperti dadah dan lain-lain.

Keempat: Peranan kita secara peribadi dan organisasi terhadap Masjid Al-Aqsa

Bagaimana kita akan menjawab di hadapan Allah SWT nanti? Sesungguhnya Masjid Al-Aqsa kebelakangan ini sedang mengalami saat-saat kritikal. Kesombongan Yahudi sekarang sudah melampaui batas. Pembunuhan, pemusnahan dan sekatan demi sekatan dilakukan ke atas umat Islam. Zionis telah membuat persiapan, menentukan matlamat, dan menyiapkan perancangan untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa dan membina Haikal di tapak itu. Namun malang sehingga ke hari ini, umat Islam yang begitu ramai tidak berjaya menghalang mereka.

Junjungan kita Muhamad SAW telah mengajak kita untuk sentiasa bersatu padu dan sentiasa menghampiri Masjid Al-Aqsa, menziarahi dan menunaikan solat di dalamnya. Baginda mengajak mereka membawa minyak untuk pelita-pelita di Masjid Al-Aqsa. Dan ini satu petanda baik bahawa Al-Quds akan jatuh ke tangan umat Islam. Dan akan jadi milik umat Islam. Petanda baik telah menjadi realiti, yang mana Al-Quds telah jatuh ke tangan umat Islam di zaman Umar al-Khatab pada tahun 15 Hijriah.

عَنْ مَيْمُونَةَ مَوْلَاةِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهَا قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفْتِنَا فِي بَيْتِ الْمَقْدِسِ ؟ فَقَالَ: "ائْتُوهُ فَصَلُّوا فِيهِ".، "فَإِنْ لَمْ تَأْتُوهُ وَتُصَلُّوا فِيهِ، فَابْعَثُوا بِزَيْتٍ يُسْرَجُ فِي قَنَادِيلِهِ". رواه الإمام أبو داود

Ertinya: Dari Maimunah r.a. berkata kepada Rasululah: Wahai Rasulullah, berilah padaku satu fatwa tentang Baitulmaqdis. Beliau menjawab, pergilah kamu solat dalam masjid Al-Aqsa. Jika kamu tidak mampu untuk pergi solat di dalamnya maka hantarlah minyak untuk dinyalakan pelita-pelita di masjid al-Aqsa.

Menjadi tanggungjawab ke atas umat Islam pada hari ini, menyelamatkan tempat Isra’ Rasulullah dan mempertahankannya dengan segala cara dan jalan yang mereka mampu. Dan ini adalah kewajipan akidah, kewajipan agama. Kerana Al-Aqsa sebahagian dari agama kita. Sebahagian dari akidah kita. Sebahagian dari ayat Al-Quran kita.

Antara peranan kita ialah:

1. Peranan secara individu tidak kurang pentingnya dari peranan organisasi iaitu dengan niat yang ikhlas untuk membantu Masjid Al-Aqsa. Sering berdoa siang malam untuk Masjid Al-Aqsa dan pejuang pejuang disana. Menyebarkan khabar kepada orang ramai, menyertai program menerusi radio, TV dan internet. Menghadiri tarikh-tarikh penting sempena peristiwa yang melibatkan isu Masjid Al-Aqsa serta berusaha untuk menghulurkan bantuan kewangan menerusi tabung tabung Al-Aqsa atau tabung-tabung kanak-kanak Aqsa. Dan juga dengan memperuntukkan sejumlah wang harian untuk membantu Masjid Al-Aqsa.

2. Dalam institusi keluarga pula perlu mempelajari sejarah dan isu Al-Aqsa serta menghulurkan perbelanjaan harian (walau sekadar satu hari) untuk bersama Masjid Al-Aqsa. Begitu juga perlu mengajar anak-anak tentang kelebihan Masjid Al-Aqsa yang terdapat dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah. Atau dengan menubuhkan perpustakaan kecil-kecilan yang mengandungi buku, pamplet atau kaset-kaset yang mengandungi isu Masjid Al-Aqsa.

3. Pihak media pula perlu ada peranan tentang Masjid Al-Aqsa dalam penulisan mereka. Dan perlu sertakan gambar dan bukti dalam laporan-laporan mereka di surat khabar bagi memperlihatkan apa yang sedang dialami oleh Masjid Al-Aqsa. Dan mereka juga perlu menjelaskan isu-isu dan kebatilan yang sedang diwar-warkan oleh media Zionis tentang Masjid Al-Aqsa. Dan lebih dari itu lagi mereka perlu mengadakan sidang media, konferens, ceramah yang khusus tentang isu Masjid Al-Aqsa serta menganjurkan pertandingan kuiz tahunan tetang sejarah Islam dan Masjid Al-Aqsa.

4. Menjadi tanggungjawab ke atas para imam, khatib dan pendakwah membawa isu ini dalam ucapan mereka serta mengadakan sudut khas untuk isu Masjid Al-Aqsa dalam perpustakaan masjid, tabung masjid serta menggantung gambar Masjid Al-Aqsa dalam masjid mereka supaya dapat mengingatkan para jemaah tentang isu ini, dan mengajak mereaka berdoa untuk kebaikan Masjid Al-Aqsa.

5. Saudara kita pengguna internet juga perlu ada peranan menggunakan alat-alat tersebut untuk penyebaran maklumat dan sebarkan isu Masjid Al-Aqsa dalam perbahasan dan pidato mereka. Kerana alat-alat ini dapat menyebarkan berita dengan begitu pantas dan meluas.

6. Organisasi dan persatuan pula perlu menganjurkan program program tentang Al-Aqsa dan menganjurkan promosi-promosi yang dapat mengumpul dana untuk Al-Aqsa serta mengadakan unit khas dalam organisasi dan promosi mereka untuk membantu Al-Aqsa. Begitu juga membuat pembentangan yang berterusan, menyediakan perpustakaan dan lain lain.

7. Bekerjasama dengan semua organisasi dan pertubuhan yang bekerja untuk Masjid Al-Aqsa serta menganjurkan program program yang terlibat dengan isu masjid Al-Aqsa.

Kelima: Pertolongan Allah sudah hampir tiba

Bumi Syam adalah bumi jihad yang berterusan sehingga ke hari kiamat.

Ertinya: Dari Muaz r.a. Rasulullah SAW bersabda:

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah SWT akan membuka bumi Syam selepas ketiadaanku. Dari Arish hingga ke Furat. Lelaki, perempuan, hamba mereka akan berjihad hingga kehari kiamat. Sesiapa di kalangan kamu memilih salah satu tempat di bumi Syam atau Baitulmaqdis, maka dia berada dalam jihad hingga ke hari kiamat.

Allah SWT telah memberitahu kepada junjungan kita Muhamad SAW bahawa bumi Al-Aqsa ini akan dirampas atau diugut oleh musuh, kerana inilah baginda menggalakan umatnya agar berjihad mempertahankan bumi ini supaya tidak jatuh ketangan musuh dan berjihad untuk mengembalikannya jika ditakdir jatuh ke tangan musuh. Begitu juga baginda telah memberitahu tentang sebuah peperangan akan berlaku antara umat Islam dan Yahudi dan akhirnya akan dimenangi oleh umat Islam. Semua makhluk akan menyebelahi umat Islam termasuk batu-batu dan pokok. Dan semua akan bercakap dan menunjukkan di mana musuh berada.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ، فَيَقْتُلُهُمْ الْمُسْلِمُونَ، حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ، فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوْ الشَّجَرُ: يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ، إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ". روى الإمام مسلم

Ertinya: dari Abi Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak akan terjadi kiamat sehingga orang Islam berperang dengan Yahudi. Orang Islam akan membunuh orang Yahudi sehingga yahudi itu menyorok di belakang batu dan pokok. Maka batu dan pokok pun bercakap: Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini Yahudi di belakangku. Datanglah ke sini membunuhnya kecuali pokok Gharkad kerana itu adalah pokok Yahudi. - riwayat Muslim.

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : "لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ، لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ". قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ: "بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِس". روى الإمام أحمد في مسنده

Ertnya: Dari Abi Umaimah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sentiasa ada sekumpulan dari umatku yang menegakkan kebenaran, mengasari musuh, dan musuh mereka tidak akan dapat memudaratkan mereka kecuali apa yang dibuat dari belakang mereka. Mereka sentiasa begitu sehingga datangnya pertolongan Allah SWT. Sahabat bertanya: Di manakah mereka wahai Rasulullah? Baginda menjawab: di Baitulmaqdis, dan sekeliling Baitulmaqdis. - riwayat Imam Ahmad

Maka kita sekalian diperintah oleh Allah swt. Untuk berusaha sedaya upaya, membantu Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis dan Palestin keseluruhannya. Dan kita yakin pertolongan Allah akan datang, dan pertolongan Allah itu sudah hampir.

قال الله تعالي{ أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتي يقول الرسول والذين آمنوا معه متي نصر الله ألا إن نصر الله قريب) البقرة 214.

Maksudnya: Adakah kamu menganggap bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan) sehingga Rasul dan orang orang iman bersamanya berkata, bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.

Bebaskan Masjidil Al-Aqsa Tanggungjawab Umat Islam Sedunia








21 Ogos 2011 yang lalu merupakan Hari al-Quds Sedunia. Tarikh 21 Ogos dipilih kerana memperingati tragedi pembakaran Masjid al-Aqsa pada 42 tahun yang lalu oleh seorang Zionis warga Switzerland, Dennis Michael Rohan yang kononnya dikatakan gila. Tragedi hitam tersebut merupakan antara peristiwa yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam terhadap Masjid al-Aqsa.


Dalam Islam, selepas Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid an-Nabawi di Madinah, Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis merupakan masjid ketiga paling suci bagi umat Islam. Masjid al-Aqsa telah menempuh suatu sejarah yang cukup panjang, malah dikhabarkan Nabi Adam alaihissalam adalah pembina masjid ini (40 tahun selepas baginda mendirikan Masjid al-Haram). Di masjid inilah berlaku peristiwa Israk dan Mikraj, iaitu perjalanan Nabi Muhammad sallallahualaihi wasallam dari Masjid al-Haram menuju ke Masjid al-Aqsa dan seterusnya dibawa ke langit untuk bertemu Allah dalam masa satu malam.


"Maha suci Allah yang telah mengisrakkan (membawa pada perjalanan malam) hamba-Nya dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan Kami..."


(Al-Israk : 1)


Jika kita sentiasa menyorot akan perkembangan semasa yang berlaku kepada dunia dan umat Islam, suatu isu yang wajib menjadi perhatian kita walau 10 minit sehari ialah isu yang menyentuh bumi Palestin yang di dalamnya terletak Masjid al-Aqsa. Selain kekejaman dan kekejian yang direncanakan oleh puak Zionis Israel dan sekutunya terhadap perjuangan Hamas dan umat Islam di Gaza, jangan sekali-kali kita abaikan isu yang melanda Masjid al-Aqsa yang kita cintai ini. Memang sejak lebih satu abad dahulu pada era moden ini, Masjid al-Aqsa telah menjadi sasaran golongan ekstremis serta Zionis Yahudi dan Kristian yang bercita-cita untuk merobohkan masjid tersebut.


Sejak 1967 pula, iaitu setelah rejim Zionis berjaya menawan Masjid al-Aqsa dalam peristiwa Perang Enam Hari, pelbagai perkara keji telah dilakukan oleh mereka demi untuk mencemarkan kesucian masjid tersebut. Semuanya telah berlaku kepada Masjid al-Aqsa; diceroboh, dibakar, dikotori dengan najis, dihalang daripada dikunjungi oleh umat Islam, malah digali dasarnya dengan tujuan untuk merosakkan struktur asas binaannya. Dalam kejadian terbaru yang berlaku lewat Julai lalu, sempena meraikan penawanan Masjid al-Aqsa pada 44 tahun yang lalu, polis Israel telah membenarkan tidak kurang daripada 60 penceroboh memasuki pagar Maghriba dan menceroboh perkarangan Masjid al-Aqsa. Tindakan biadap ini tentunya mendapat perlindungan daripada polis Israel, sehinggakan mereka mengancam umat Islam yang berada di sekitar masjid tersebut agar tidak membangkitkan sebarang bantahan terhadap pencerobohan tersebut.


Bukan itu sahaja, malah pada masa yang sama pencerobohan turut berlaku di sebuah masjid di perkampungan al-Mughayer di Ramallah, Tebing Barat, yang mana terdapat cubaan untuk membakar masjid tetapi gagal. Selain itu, mereka turut menconteng dinding masjid dengan tulisan Hebrew. Kita percaya semua kejadian ini dirancang oleh rejim Zionis bagi melakukan provokasi yang berterusan terhadap umat Islam di Palestin. Saya percaya banyak lagi peristiwa yang serupa berlaku yang tidak mendapat liputan media-media utama dunia, yag mana merupakan rentetan kepada perancangan jahat Zionis terhadap Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin sejak sekian lama. Soalnya, mengapa pihak Zionis begitu bernafsu besar untuk menguasai Masjid al-Aqsa? Mengapa tidak masjid yang lain? Tentu ada keistimewaannya Masjid al-Aqsa ini dalam hati mereka atau pada kepercayaan mereka, sehinggakan mereka sanggup berbuat apa sahaja bagi menguasai masjid tersebut.


Menurut Maszlee Malik dalam buku popularnya "Al-Aqsa Dalam Bahaya!!", Masjid al-Aqsa begitu penting kepada kaum Yahudi kerana menurut kitab "Old Testament" mereka, di situlah terdapatnya "Haykal" ataupun kuil yang telah dibina oleh Nabi Sulaiman pada zaman kegemilangan baginda. Kuil tersebut telah pun diruntuhkan sebanyak dua kali sebelum ini dan kini hanya menjadi kenangan yang termaktub dalam kitab suci mereka sahaja. Bagi kaum Yahudi dan Zionis, kegemilangan zaman tersebut hanyalah milik mutlak kaum Yahudi dan tidak boleh dijadikan kredit bagi bangsa mahupun agama lain di atas muka bumi ini. Haykal tersebut yang menjadi tempat ibadah utama bagi kaum Yahudi dipercayai terletak di bukit Moravia, iaitu di mana terletaknya Kubah al-Sakhra sekarang ini. Sejak awal abad kedua masihi, iaitu setelah kaum Yahudi yang terakhir meninggalkan Baitul Maqdis, mereka telah mencipta rukun iman baru sebagai kepercayaan mereka, iaitu mereka tidak akan pulang ke Baitul Maqdis sehinggalah munculnya "Messiah" (penyelamat) yang akan mengumpulkan kaum Yahudi di sana menjelang hari kiamat.


Bagi golongan Kristian Protestan pula, setelah melakukan "penyemakan semula" kepada kitab suci mereka, mereka akhirnya mempercayai bahawa suasana kedatangan Jesus semula ke dunia di Baitul Maqdis haruslah sama sepertimana suasana semasa beliau kali pertama muncul di sana. Beliau tidak akan muncul melainkan selepas terbinanya Haykal seperti yang disebutkan dalam Old Testament. Oleh yang demikian, untuk menyambut kedatangan semula Jesus, Haykal perlu dibina semula dan orang-orang Yahudi hendaklah dikumpulkan semula di Baitul Maqdis.


Akhirnya melalui gerakan Zionis yang telah ditubuhkan secara rasmi di Basle, Switzerland pada 1897, golongan Kristian Protestan dan Protestan Yahudi (Haskalah) telah bersetuju untuk membawa pulang orang-orang Yahudi dari serata dunia ke bumi Palestin dan Baitul Maqdis dan membangunkan semula Haykal (walaupun mereka berbeza kepercayaan, namun misi mereka tetap sama). Namun, untuk membina semula Haykal pada waktu ini adalah mustahil kerana di situlah terdapatnya Masjid al-Aqsa dan Kubah as-Sakhra. Oleh hal yang demikian, mereka telah merancang untuk merobohkan Haram al-Syarif yang mana di dalamnya terdapat Masjid al-Aqsa dan Kubah as-Sakhra dan menggantikannya dengan pembinaan Haykal yang mereka impikan. Sebab itulah sejak tahun 1967 lagi dan berterusan sehingga kini mereka telah melakukan banyak usaha untuk merosak dan mencemar kesucian masjid tersebut.


Itulah serba ringkas realiti yang telah dan sedang berlaku terhadap Masjid al-Aqsa. Justeru, apakah tindakan kita sebagai Muslim yang peduli dengan nasib umat dan agamanya, lebih-lebih lagi terhadap nasib salah satu rumah Allah yang paling utama? Patutkah kita berterusan membiarkan pelampau-pelampau Yahudi dan Zionis bertindak sewenang-wenangnya terhadap Masjid al-Aqsa demi menjayakan makar jahat mereka?


Seruan Hamas yang akan melancarkan Intifadah ketiga bagi mempertahankan Masjid al-Aqsa harus kita sahut dan turut serta menyumbang sekadar kemampuan kita. Banyak cara yang boleh dilakukan bagi mengisi agenda perjuangan untuk membebaskan Masjid al-Aqsa.


Sejarah Masjidil Al-Aqsa






Baitul-Muqaddis-bumi para anbiya’. Bumi ini telah menjadi saksi ketekunan dan keteguhan para mursalin dalam mendidik manusia mengenal hakikat Tauhid dan ajaran Islam. Bermula dengan penguasaan zuriat Nabi Ishak yakni Bani Israel, kemudiannya Raja Nebuchadnezzar dari Babylon, disusuli pula oleh pemerintahan Empayar Rom dan Byzantium, bumi anbiya’ ini telah menjadi rebutan pelbagai kuasa besar zaman terdahulu.

Akhirnya, pada tahun 638 Masihi, kekejaman dan ketidakadilan pemerintahan asing di bumi Baitul-Muqaddis ini telah ditamatkan oleh Khalifah Islam yang kedua, Umar Al-Khattab. Beliau bersama bala tentera kaum mukminin telah disambut oleh penduduk Baitul-Muqaddis sebagai pembela keadilan dan tentera pembebasan
Sebagai seorang Khalifah yang amat rendah diri dan sederhana, Khalifah Umar bersetuju dan memasuki kota suci ini secara berjalan kaki sahaja tanpa ada sebarang pertumpahan darah. Suatu simbol Islam sebuah agama yang mencintai kedamaian dan keselamatan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Pembebasan Baitul-Muqaddis ini membuka satu era baru dalam lipatan sejarah Islam. Setelah sekian lama, kiblat pertama umat Islam ini dikotori dengan pelbagai pengamalan syirik dan kecurangan kepada Allah, kini ia milik umat Islam semula dalam mengembalikan kegemilangannya sebagai kota ketiga paling suci dalam Islam.

Setelah memeterai perjanjian damai dengan penduduk Baitul-Muqaddis, Khalifah Umar terus bergerak menuju Haram Asy-Syarif, suatu kawasan seluas 35 ekar dan mendapatinya dipenuhi sampah-sarap.Beliau lantas menggunakan jubahnya untuk mengutip sampah-sarap tersebut dan perbuatan Umar ini diikuti oleh semua kaum muslimin sehinggalah seluruh kawasan Haram Asy-Syarif dibersihkan selayaknya sebagai tempat suci umat Islam.

Di tengah-tengah kawasan ini, tersergam batu di mana berpijaknya Nabi Junjungan sebelum ke langit dalam perjalanan Isra’ dan Mi’raj baginda. Di sudut paling selatan kawasan Haram Asy-Syarif ini, maka dibinalah sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Kubah Kuning (Dome of the rock ). Ia juga dikenali sebagai Masjid Umar merupakan sebuah masjid kayu yang mampu memuatkan 3,000 pengunjung.

Namun demikian, suasana kegemilangan Islam di Baitul-Muqaddis berakhir pada kurun ke-11 apabila Pope Urban II mengisytiharkan Perang Salib yang pertama. Tindakan ini adalah sebagai reaksi terhadap polisi menghalang penziarah-penziarah Kristian memasuki Baitul-Muqaddis oleh pemerintah Islam Seljuk pada masa itu. Gerombolan Kristian Eropah ini bermusafir selama 3 tahun menuju Kota Suci Baitul-Muqaddis dan akhirnya mereka tiba di pintu gerbang kota suci ini pada tanggal 7 Jun 1099.

Setelah 5 minggu mengepung Baitul-Muqaddis, tentera Salib akhirnya berjaya menawan Baitul-Muqaddis dan tanpa belas kasihan membunuh seramai 40,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak kota suci ini.Pemerintahan tentera Salib tidak membawa kedamaian kepada penduduk kota suci ini. Kekejaman dan ketidakadilan menjadi lumrah di Baitul-Muqaddis sepanjang pemerintahan mereka baik kepada umat Islam mahupun penduduk bukan Islam.

Pada tahun 1187 Masihi (setelah 88 tahun dijajah tentera Salib) Panglima Sallahuddin Al-Ayyubi telah berjaya menakluk semula kota suci Islam ini dan sekali lagi Islam membuktikan ia bukan agama keganasan. Pembukaan kedua kota Baitul-Muqaddis ini tidak dicemari oleh sebarang pembunuhan rakyat biasa dan pilihan diberikan kepada penduduk kota ini, khususnya yang bukan Islam, samada ingin berhijrah ataupun terus menetap di Baitul-Muqaddis di bawah pemerintahan Islam dengan jaminan pemeliharaan nyawa, harta dan tempat ibadat mereka.

Namun begitu, , pada tahun 1948 umat Yahudi telah berjaya menubuhkan negara haram Israel dengan bantuan kuasa-kuasa Barat dan sejak itu bumi anbiya’ ini tidak pernah kenal erti keamanan. Sejak dari itu keangkuhan rejim Yahudi semakin menjadi-jadi

Pada tahun 1967, tentera Yahudi laknatullah telah berjaya mencerobohi Baitul Muqaddis Timur dan telah meratakan Maghribi Quarter. 2 masjid dan 135 rumah rakyat Palestin telah diruntuhkan meninggalkan 650 orang rakyat Palestin tanpa rumah kediaman.Seterusnya pada tahun 1969 seorang pelawat Yahudi Australia telah bertindak membakar Masjid Al-Aqsa yang memusnahkan mihrab yang dibina oleh Sallahuddin Al-Ayyubi . Tidak cukup dengan itu malah dengan bongkaknya Perdana Menteri Ariel Sharon memasuki kawasan Al-Quds pada tahun 2000 . Tindakan ini telah membakar api kemarahan umat Islam. seluruh dunia.

Disini jelas terbukti bahawa setiap kali bumi anbiya’ ini dipimpin oleh mereka yang teguh keimanannya kepada Allah, keamanan dan kedamaian pasti dikecapi oleh semua. Sesungguhnya Islam adalah agama yang membawa kepada keamanan dan kedamaian sejagat.Kesucian masjid suci ini harus dipelihara. Oleh itu umat Islam harus bangkit mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan maruah saudara-saudara seagama mereka dalam apa jua cara yang terdaya. Jangan dibiarkan maruah Islam dihina dan direndahkan

Novel : Takdir Cinta Terindah Bab 10



Seperti malam-malam sebelumnya, jika tak fly muaz akan menghabiskan masanya dengan menziarah club-club yang ada di sekitar Penang. Aktiviti clubing menjadi sebahagian daripada rutin hidupnya. Penah juga mama membebel dengan sikapnya yang bukan sekadar clubing, tapi turut gemar bertukar pasangan. Naik rimas mama Muaz dengan sikap anak terunanya yang seorang nie. Umur dah masuk 31 tahun tapi sikap belum ada tanda nak berubah. 

“hye sayang, kenapa you nie? tak fun pon malam nie?” you tak sihat ker?”rengek Yaya. Seorang pramugari yang sangat hot menjadi kegilaan ramai jejaka. Pada muaz baginya perempuan mcm nie sekadar tuch and go sahaja. Sekadar buat teman untuk berhibur. Tak pernah dia terfikir lebih dari itu.

“ tak lah.. i penat ckit, tadi masuk office kak Mar, dia mintak tolong gantikan tempat Fatma untuk buat tiket flight. Ramai pulak customer datang mintak sebut harga international flight. Kalau setakat flight MAS boleh la i setle. Ni macam-macam flight diorang request, macam la i pandai sangat nak guna sistem abacus tue. Nasib ada budak baru masuk hari nie. ” luah muaz sambil menambah apa yang patut. Bukannya sibuk sangat ofice hari nie, matanya sahaja yang sibuk merenung gadis yang baru mula bertugas. 

Tetiba Muaz teringatkan gadis baru dipejabat kakaknya. Wajah putih bersih, lembut dan tenang milik Ika tidak pernah hilang dari fikirannya sejak pulang tadi. Ada di mana-mana sahaja. Ishhh apa dah jadi dengan kamu ni Muaz. “Wake up la, she’ s not suitable for you la”kata muaz dalam hati. 

Pantas dia memaut pinggang Yaya mengajaknya menyertai puluhan manusia yang terkinja-kinja menari mengikut rentak muzik yang berkumandang. Cuba melupakan bayangan Ika yang sentiasa menghantuinya. Yaya membalas pelukannya dengan manja dan mesra, merelakan apa sahaja tindak tanduk Muaz padanya. 



















Novel :Takdir Cinta Terindah Bab 9


Semakin Hampir Dengan Hari ITU




Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku. Khatulistiwa pula berada di Antartika.

Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan flip di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.

Semasa pergerakan flip peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis. Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air. Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat.

Apabila berlaku flip pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan sun spot. Manakala flip juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku. Makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.

Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanaan Ilahi.



BINTANG BEREKOR
Kata Saidina Ali RA mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), “Kedatangan Al Mahdi akan didahului oleh kemunculan BINTANG yang ekornya menakjubkan, BUKAN seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad. Yang diliputi api, udara, salju dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. SETELAH itu akan datang banyak MALAPETAKA dan KEMATIAN yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang yang jahat”. 

Comet ISON (C/2012 S1) was discovered by V. Nevski and A. Novichonok on September 21 2012. The name ISON comes from “International Scientific Optical Network” which is the name of the observatory used to make the discovery.Komet ini memang jarang dijumpai. Teramatlah besar. Jarak dengan bumi pada waktu ini adalah Sun dist: 142,492,558 km [43.3 km/s] Earth dist: 64,977,671 km [47.5 km/s]. Fakta Komet Ison seperti berikut:
1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat di waktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi dijangka akan merempuh debu2 komet ISON dalam jangka waktu pada 12 atau hingga 14 Januari 2014.

Tolong klik sini untuk tahu jarak bumi dengan ISON pada waktu anda baca ini dan untuk dapatkan banyak lagi info mengenai komet tersebut. Saya percaya ia semakin menghampiri bumi setiap detik, setiap waktu dan setiap saat. Ison telah pun melalui lintasan matahari pada 28 November 2013 dan pada waktu ini Ison menuju ke arah bumi dalam bentuk V. NASA mengeluarkan kenyataan yang komet ini telah hancur atau tidak ada lagi di dalam orbit. NASA dikatakan sengaja mengeluarkan kenyataan ini bagi mengelakkan berlakunya huru-hara sebelum ianya berlaku dan mengharapkan kejadian tersebut tidak berlaku. Tetapi dari satu fakta yang lain, Observatory of Lisbon pula mengeluarkan kenyataan yang fragments ISON akan menghentam bumi. 
They claim that fragments of Comet ison will hit earth in December, this based in emulations performed using supercomputer ‘Tiger 2′ and a propietary model. They claim that the when the comet enter the atmosphere of the sun the ice will change state abruptely, turning into a propellant, changing the trajectory of the comet. They claim that the fragments of the comet will spread in the shape of a cone with a base diameter of 300.000 kms , that is the distance of from the earth to the moon. They claim that the comet after crossing the sun will be higly fragmented, fragments ranging from a football to the size of a ship. They say that the propulsion of the ice will change the trajectory of the fragments, causing a shower of cometary fragments that will hit Earth in December.
Bila akan menghentam bumi? Dijangkakan akan berada paling dekat dengan bumi pada 26 Disember 2013. Wallahu’alam. Jika komet (atau apa yang tinggal setelah melalui matahari) tersebut masih tetap ada, maka dunia akan menyaksikan pertunjukan hujan meteor yang terhebat pernah disaksikan seumur hidup. Satu persatu negara akan dihentam komet tersebut. Hujan batu. Hujan batu yang dilemparkan ke atas bumi. Mengingatkan aku akan Surah Ar-Rahmaan.
Ali Adams, seorang yang begitu takjub dengan keajaiban nombor-nombor ganjil membuat kajian pada Surah Ar-Rahmaan di dalam Al-Quran. Kenapa Surah Ar-Rahmaan? Kerana padanya terdapat ungkapan yang disebut berulang-ulang kali sebanyak 31 kali. Apakah ayat itu? ”So which of the favors of your