Hari ini Zulaika agak sibuk memandangkan hari ini adalah hari Isnin. Kebanyakan tugas yang mengkehendaki dia menghubungi airline, terpaksa diselesaikan pada hari Isnin memandangkan hari Jumaat dan Sabtu syarikat tidak beroperasi. Kebanyakan airline pulak berpusat di Kuala Lumpur. Hari Ahad pula Kuala Lumpur cuti hujung minggu. Pertembungan cuti hujung minggu sebegini lah yang memberi kesukaran kepada travel agent di negeri yang bercuti pada hari Jumaat untuk menyelesaikan tugas mereka. Paling memberi tekanan sekiranya terdapat kes kecemasan sehingga memaksanya untuk datang ke pejabat pada hari Jumaat.
Dari pagi kebanyakan panggilan diterima daripada PA dari pelbagai jabatan kerajaan bertujuan untuk mendapat sebut harga untuk laluan daripada Alor Setar ke Ohio, United State. Terdapat juga sebut harga untuk ke destinasi lain seperti untuk ke Amman,Jordan, Doha,Qatar, London, UK dan sebagainya. Semua maklumat berkenaan tarikh penerbangan pergi dan balik serta syarikat penerbangan yang diminta oleh penumpang diambil. Sekiranya mereka mempunyai cadangan untuk memilih airline yang mereka mahu, itu dapat meringankan sedikit tugasan Ika kerana dia tidak perlu bersengkang mata untuk mencari beberapa airline yang ada hanya untuk membuat perbandingan harga.
Semakin masa berginjak ke tengah hari makin banyak tugasan yang diterima. Mana hendak dapatkan laluan serta airline untuk sebut harga yang diminta, waran penerbangan dari tadi penuh di mesin faks. Kebanyakan waran menunjukkan penerbangan adalah untuk flight malam ini dan esok. Setakat flight MAS tidak memberi masalah padanya, memandangkan tiket boleh di issue menerusi sistem Abacus, yang menjadi masalahnya untuk tiket penerbangan Air Asia dan Fireflyz. Apa tidaknya semua maklumat peribadi penumpang mesti diisi satu persatu. Bayangkan kalau ada lima penumpang, tentulah mengambil masa untuk siapkan tempahan. Masa rehat hari ini, Ika gunakan untuk siapkan sebut harga. Namun masih terdapat beberapa pelanggan masuk untuk bertanyakan berkenaan promosi harga ke Dubai. Ika sedaya upaya melayan mereka dengan mesra walaupun badannya terasa kebas satu badan kerana seharian dia di kerusi.
Terlalu leka Ika menyiapkan kerja, tanpa dia sedari jam sudah menunjukkan jam 3 petang. Segera Ika melangkah menuju ke surau untuk menunaikan kewajipan padaNya. Alhamdulillah Allah masih menyedarkannya tentang kewajipan pada rukun Islam kedua itu. Tanpa sebarang solekan, Ika terus ke pejabat menyambung semula tugas yang perlu dia selesaikan.
“hello Suria travel, boleh saya bantu?"
“saya Aqil boleh saya bercakap dengan Cik Ika?”
“saya bercakap, ada apa saya boleh bantu ker?”
“berkenaan tiket penerbangan saya ke Tawau, saya setuju mengikut tarikh penerbangan seperti yang ditempah. Takut pula last minit seat untuk waiting list tak dapat confirm. Alamatnya tak dapat balik raya la saya. Jelas kedengaran gelak kecil Aqil di talian. Apa yang lucu sangat pun dia tak pasti.
"Nanti saya minta kerani di department saya untuk hantarkan waran penerbangan di sana” maklum En Aqil .
“baiklah en Aqil, dah siap saya issue tiket saya akan emailkan pada en Aqil.” jelas Ikadengan nada yang mendatar. Tapi hatinya berdetik kencang.
“errr....Ika, esok malam saya nak fly ke Kuala Lumpur. Saya minta Ika tolong booking untuk saya. Sekejap lagi sebelum balik, saya akan singgah office untuk ambil tiket”. Belum sempat Ika meletakkan telefon kedegaran suranya di talian.
“baiklah, tapi untuk makluman en Aqil harga tiket kalau dibeli menerusi online dengan bayaran menggunakan credit card jauh lebih murah berbanding dibeli menerusi agen” maklum Ika. Ini adalah penting untuk memastikan pelanggan tidak keliru dengan harga yang ditawarkan menerusi online.
“tak apa, saya tak kisah. Janji tiket saya dapat. Ika jangan balik lagi, tunggu saya sampai office” pesan Aqil. Dalam hatinya dia sudah merencana untuk memulakan langkah untuk menawan gadis itu.
“baiklah, jumpa nanti”. Terus talian dimatikan. Ika meneruskan kerja hari ini sehingga selesai semua waran yang diterima hari ini. Jam menunjukkan hampir pukul 4:30 petang, tapi kelibat Aqil masih belum kelihatan. Suhu aircond yang kuat memaksanya untuk ke tandas.
“ Ika, en Aqil call dia pesan tuggu dia sekejap” maklum Kak Latifah. Ika sekadar mengagguk tanda faham.
“pukul berapa dia nak sampai ni, penat tau hari ni. Cepat sikit tak boleh ker”. Rungutan itu hanya terluah dalam hati saja. Takut pulak Kak Latifah terasa hati memandangkan dua tiga hari kebelakangan ni, dia asyik mengadap bos baru saja. Banyak dokumen yang perlu diberi penerangan katanya. Mungkin juga sebagai orang baru, sebagai ketua dia perlu memahami selok belok pengurusan setiap jabatan. Malas Ika hendak mencampuri urusan mereka. Biar lah janji dia masih mampu memenuhi permintaan customer. Jam sudah berginjak ke angka lima, namun En Aqil masih belum muncul. Akhirnya Ika berkeputusan untuk pulang terlebih dahulu kerana kepalanya mula terasa berat dan berdenyut-denyut menahan sakit. Tiket yang telah dia siapkan diserahkan pada Kak Latifah untuk sampaikan pada en Aqil.
Ramai pula pelajarnya yang perlu buat presentation papper hari ini memaksa Aqil untuk keluar lambat daripada bilik kuliahnya. Agak terburu-buru Aqil ke pejabat Ika mengambil tiketnya. Setibanya di sana kelihatan kelibat Kak Latifah sahaja yang ada. Dahulu disangkanya Kak latifah berpangkat kakak dengannya, tapi ternyata muda dua tahun darinya. Boleh tahan juga si Tipah ni melayannya sebentar tadi dengan nada suara yang menja- manja. Sejujurnya dia tidak suka dengan wanita sebegini apatah lagi dengan status isteri meskipun belum dikurniakan cahaya mata. Seharusnya lebih profesional dan peka dengan situasi bekerja. Lain pulak dengan sikap Ika yang serius sahaja dalam melakukan tugas, sampaikan nak mencelah pun tak boleh.
“eh, Ika mana?” soal Aqil sebaik sahaja tiba di pejabat tersebut.
“dia baru balik sekejap tadi. Katanya sakit kepala sebab tu tak boleh tunggu lama”
“ohhh..ingat dia lari dari saya”
“apa en Aqil” soal Latifah cuba mendapat kepastian daripada Aqil.
“Kak ada nombor telefon Ika tak?, senang nanti kalau nak call jika tiket saya ada masalah” sekadar beralasan Aqil menjawab
“ni bisness card Ika”
“ok la saya balik dulu. Nanti kirim salam banyak pada Ika” selepas membuat bayaran Aqil minta diri untuk pulang. Kecewa betul dia tak sempat nak bersua dengan Ika petang ni. "Bukan main lagi aku budget masa supaya sampai tepat pada masanya. Adusss... sabar hati. Barang baik mesti susah untuk kita dapatkan". Pujuk Midi dalam hati.
Sedang khusyuk Ika update status di facebook, Ika menerima panggilan telefon dari numbor yang tidak dikenali. "Malasnya aku layan nombor yang aku tak kenal nie".
Ika membiarkan telefon terus berbunyi sehinggalah telefon berhenti berdering. Dalam beberapa minit, Ika menerima sms daripada nombor tersebut.
Aqil - Salam, kenapa tak tunggu saya tadi?
Ika - Wasalam. Kalau xkeberatan boleh saya tau siapa awak sebenarnya.
Ika cuba untuk dapatkan kepastian siapa gerangan si penghantar sms padanya. Mana lah tahu kalau pelanggannya ada masalah berkenaan tiket. Tapi takkanlah en Aqil yang hantar sms ni. Macam mana dia dapat nombor telefon? Ika sekadar berteka teki dalam hati. Andai benar tekaan aku, ya Allah betapa seronoknya.
Aqil - Orang yg awk janji nak tunggu ptg td.
Kecewa dia bila sampai di office Ika sudah pulang. Malam ini sudah dibulatkan hatinya untuk menghubungi Ika. Mahu mengenali Ika dengan lebih rapat.
Ika - En Aqil ker?
Aqil - Ada org lain lagi ke yang buat temu janji dengan awk ptg tadi?
Belum sempat Ika membalas sms, Ika menerima panggilan daripada Aqil.
“ assalamualaikum”
“waalaikumussalam” . Ika hanya menjawab salam.
Terkunci lidahnya untuk berkata-kata. Sepi seketika. Ish kenapa dia nie, kalau call setakat nak bagi salam baik tak payah. Rugut Ika dalam hati. Hakikatnya Aqil sendiri masih berdebar-debar mencari ayat yang sesuai untuk mengatur langkah pertamanya. Hatinya sudah betul-betul tertawan dengan perwatakan lemah lembut Ika. Memang malam ini dia nekad untuk memulakan langkah mengenali Ika dengan lebih mendalam. Dalam pada itu, dia tak mahu terlalu tergesa-gesa menyuarakan rasa yang ada dalam hatinya.
“awak buat apa” aduh kematian idea Aqil. Pastilah Ika tengah berbual dengannya sekarang. Apa punya soalan da. Kutuk Aqil dalam hati.
“tengah layan facebook, En Aqil pulak tengah buat apa?”. Soalan berbalas soalan dari Ika. Dalam hatinya turut berputik-putik bunga bahagia.
“ saya tengah rindukan awak” gluppppp.... telan air liur Ika mendengar kata-kata berani yang dilafaz oleh En Aqil sebentar tadi.
"oh..ye ke?" acuh tak acuh sahaja bunyinya.
“Ika, sebenarnya saya tak pandai untuk luahkan perasaan saya pada awak. Tapi saya benar-benar hendak mengenali awak dengan lebih dekat”. Luah Aqil bersungguh.
Tak pandai nak luahkan rasa hati, pelek aku. Setahu aku dia ni perempuan keliling pinggang. Ini la lelaki pandai megunakan kata-kata untuk memancing perempuan. Teka Ika.
“apa yang en Aqil cakapkan ni, saya tak faham la”. Soal Ika. Dalam hati dia menjerit girang.
“saya serius. Awak telah menarik hati saya untuk mengenali awak dengan mendalam lagi” Ika diam seribu bahasa. Terkejut pun ada. Mana tidaknya disangkanya dia hanya bertepuk sebelah tangan dan sama sekali tak menyangka terlalu cepat Allah mengaturkan pertemuan ini.
“errr..ok la en Aqil, saya ada hal ckit.bye” Ika terus letak telefon sebelum Aqil sempat bersuara. Ya Allah tolong la hambamu ini. Kenapa dingin sahaja Ika menerima panggilan darinya.
Gud nite, mimpi saya malam nie. Miss u... Aqil
Sempat lagi Aqil menghantar sms padanya. Ika tersenyum sendirian menerima pesanan ringkas daripada Aqil. Ini lah perasaan yang dialaminya pertama kali dia mengenali erti CINTA. Nampaknya malam ini Ika tidur lena sebab hatinya berbunga keriangan. Benarkan cintaku sudah kembali pulang??????? soal Ika.